Skip to main content

Passport: Gambar kena Reject

Cerita 2 minggu lepas tak sempat nak cerita, tapi nak kongsi juga hari ni :)

Kami plan nak buat passport anak beranak, jadi sehari sebelum ke Pejabat Imigresen, kami semua ke kedai gambar berdekatan untuk ambil gambar passport dengan kos RM15 untuk 8 keping gambar.

Sampai di kedai gambar jam 8.30 malam kedai pun dah nak tutup tapi staff kat situ setuju untuk snap dan collect esok pagi. Cara staff ambil gambar macam kitorang ambil gambar suka suki di rumah sahaja. Anak duduk di kerusi dan staff ambil gambar sambil berdiri dengan camera digital biasa sahaja (memang begitu kah?)

Esoknya kami datang, dan ibu sedikit tidak puas hati dengan gambar ibu yang agak gelap, latar biru muda jadi biru gelap dan gambar Umar yang matanya memandang ke atas. Ibu minta staff cek 2 gambar yang diorang snap Umar semalam (masa snap tu pun ibu agak tidak puas hati sebab kedudukan mata umar tidak betul-betul mengadap kamera) ibu dah minta diorang snap lagi sekali, tapi dia cakap ok dah yang tadi kak.

Ibu minta diorang print sekali lagi gambar ibu dan gambar Umar, tiba-tiba komputer pulak buat hal, jadi ibu refuse untuk tunggu sebab nanti lambat pula nak ke Imigresen.

Sampai di Imigresen Shah Alam di Tingkat 2 PKNS Shah Alam, ibu ambil borang dan tunjukkan gambar untuk pastikan semuanya ok. Sekali gambar Umar kena reject (ibu dah agak dah..)

Masa nak submit borang, pegawai yang bertugas tanya mana anak-anak? Hihi rupanya nak buat passport anak-anak kena bawa sekali ingatkan bawa dokumen surat beranak mereka jer. Jadi hari tu kami berdua jer lah buat passport


Balik singgah di kedai gambar tadi dan beritahu gambar yang tidak diterima, Nasib baik mereka boleh tolak ansur dan minta bawakan Umar sekali lagi untuk snap. No additional charge sebab memang kecuaian mereka pun.

Apa yang ibu perasan & ibu baru tahu;

1. Jika dulu masa ibu ambil gambar kat kedai diorang dengan kamera besar letak atas stand, payung dan lampu semua terpasang, tapi haritu diorang hanya gunakan camera digital biasa dengan lampu tak dipasang pun, suram aje... agaknya gunakan cahaya flash jer.

2. Untuk buat passport, individu yang terlibat mestilah datang untuk tandatangan dan cop jari. Gambar untuk passport tidak boleh senget dan mata mestilah mengadap depan (fokus... hehe) tak boleh sengih, senyum meleret.

3. Passport siap 1 jam selepas permohonan dibuat, untuk renewal boleh gunakan mesin sahaja, tapi masih ramai yang suka ke kaunter.

Detail tentang passport atau apa2 berkaitan dengan Imigresen boleh lawati website www.imi.gov.my

Comments

  1. a'ah..yer kalo nak gambar utk passport mmg kena clear betul2

    ReplyDelete
  2. comel mata umar, bulat dan bersinar..

    ReplyDelete
  3. kalau kat SP ni utk buat pasport @ border lebih baik ambik gambar kat office imigresen ja..ada tukang ambik gambar kat situ.mmg dah pro.sekejap ja pun.

    ReplyDelete
  4. bulat nya mata umar.. comel dgnmulut mungil...

    kakyong sendiri xde passport apatah lagi anak2... huhuu...

    ReplyDelete
  5. amboi comei betul si umar.
    Setuju dengan wan. ida pun baru je gi wat passport minggu lepas. tp sib baik gambar ok. itupun rasanya sbb kedai gambar tu guna kamera dslr. pernah amik gambar untuk buat lesen, kedai tu just guna kamera biasa cam yg kita dok guna tu.
    kalau nak wat passport ni yg penting semua dokumen kena lengkap n tkde masalah, mesti cepat siap.

    ReplyDelete
  6. disarankan if nak renew passport. better guna mesin je. Senang dan skjap berbanding kene beratur (if queue panjang berjam la) . Senang je guna mesin tuh. Then ada pegawai kat sebelah selalunye if ada masalah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...