Nov 9, 2010

Penginapan Selesa di Besut, Terengganu

Cuti sekolah tidak berapa lama lagi, nak bercuti ke mana cuti hujung tahun ini?

Jika merancang hendak jalan-jalan ke pantai timur Kelantan dan Terengganu ibu boleh cadangkan tempat penginapan yang sangat selesa di Besut Terengganu. Rumah 5 bilik ini sangat sesuai dijadikan tempat berehat dan berkumpul terutama jika anda bercuti bersama keluarga yang besar.

Bila bilangan keluarga besar, katakan dalam 10 orang, sekurang-kurangnya 3 bilik hotel atau chalet yang perlu ditempah, tapi jika homestay ini, InsyaAllah boleh tinggal dengan selesa. Setakat 10 orang tidak jadi masalah, pernah rombongan satu bas menginap pun masih ok.

Lokasi yang terletak di Besut, antara Kuala Terengganu dan Kota Bharu sangat sesuai jika mahu berjalan kedua-dua negeri ini.

Tempat yang biasanya dilawati bila ke Terengganu adalah Pasar Payang, Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Muzium Losong, Nor Alfa Batik dan tidak lupa air terjun Sekayu atau Lata Tembakah, Pantai Penarik dan menikmati ikan dan sotong celup tepung. Mungkin juga kurang sesuai untuk mandi-manda di air terjun dan laut di musim tengkujuh ni.

Antara yang menarik di Besut adalah Pasar Tani Kuala Besut setiap pagi Isnin dan Jumaat, Wakaf Che Yeh, pantai-pantai, Air Panas Kampung La, dan Tok Bali.

Manakala di negeri Cik Siti Wan Kembang, ramai yang suka ke pasar Siti Khadijah, atau ke Pengkalan Kubor.

Homestay Seri Amer biasanya akan full book di musim cuti sekolah dengan kenduri perkahwinan, sambut menantu dan sebagainya. Jadi jika merancang ke sana, cepat-cepat telefon untuk tempahan awal. Rumah ini siap dengan kelengkapan dapur, boleh beli ikan di pasar-pasar sekitar (yang murah dan segar) dan boleh masak-masak.

Jika nak berBBQ, saya cadangkan anda ke pasar berhampiran Jabatan Perikanan Besut pagi-pagi sebelum pukul 7.00 bermacam pilihan ikan yang semestinya segar dan murah sangat. Jom tengok Homestay Seri Amer...

Seri Amer 1










Seri Amer 2







Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Pn. Norazizah 019-9115400, makcik saya ni baik sangat orangnya, harga sangat lah berpatutan

7 comments:

  1. wah..cantik la tempat dia..boleh disuggest kat kwn2 lain ni..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mmg cantik..:)
    jika ke besut nnt leh tgk ni

    ReplyDelete
  4. bagus nie, memang ada plan nak ke area besut nie.. TQ

    ReplyDelete
  5. MamaYatie,
    cantik sebab kawasn kampung, Kampung Seri Amer..... sesuai utk rombongan cik kiah sebab rumah ni besar betul

    ReplyDelete
  6. Idah,
    jemput2 jgn segan.... Idah dah pernah sampai ke Besut ke belum ye...

    ReplyDelete
  7. CikLilyPutih,
    singgah sini....? yeke? honeymoon ke rombongan kenduri... boleh lar call makcik saya tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails