Skip to main content

Apa Khabar Semua?

Bismillah, dengan nama TUHAN yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihi & Maha Menyayangi.

Celah masa sekejap untuk update entrydi blog ini, sudah beberapa hari agak kesunyian. Booth CLC di Medan MARA KL di ruang legar depan Bank Islam. Jemputlah singgah jika ada kelapang, CLC berada di sana dari 1 - 12 Dec 2010.

Alhamdulillah di musim cuti sekolah ada yang sudi datang membantu. Hari ini hari ke-5 maka klamp telah pun dibuka dengan selamatnya. Wah Hakim sudah jadi budak besar...... luka belum pulih sepenuhnya, Hakim masih 'pantang' makan telur dan makanan laut. Walaupun dr beritahu tidak ada pantang dalam perubatan kecuali jika anak ada elergi, ibu tetap menjaga makannya supaya luka cepat baik.

Maafkan ibu kerana tidak sempat hendak update entry setiap hari walaupun banyak perkara yang hendak ibu kongsikan. Cerita majlis berkhatan Hakim tempohari, gambar-gambar tersimpan rapi dalam folder yang hendak dipublishkan. Masa betul-betul cemburu sekarang, setiap detik dirasakan sangat berguna dan ibu tidak mahu membazirkan setiap peluang yang ada.

Ibu tidak mahu terleka bimbang kerja-kerja akan terbengkalai. Ibu perlukan 'smart assistant' untuk mengingatkan ibu setiap perkara. Inilah kelemahan manusia, kadang terlupa, sering terleka dan terpedaya. Alangkah bagusnya jika ada yang sentiasa mengingatkan.

Apalah yang ibu repekkan ni? :-)

InsyaAllah nanti kita bersua lagi. Teringat Hakim yang dipegang oleh 6 orang semasa bersunat tempohari :D... hakim...hakim

Comments

  1. macamana la pulak nanti bila masa anak teruna saya..huhu

    ReplyDelete
  2. amirah,
    kan sampai masanya nanti... tunggu dan lihat lar... hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.