Skip to main content

Cerita Anak 5 Tahun Berkhitan: Anak Ibu Sudah Besar :-)

Bismillah, dengan nama Allah Yang MAHA Berkuasa atas sesuatu, segla puji-pujian hanya layak Untuk-MU

Tarik nafas panjang-panjang sebab entry ini penuh dengan gambar, balas dendam sebab sudah beberapa hari tidak dapat blogging :)

Kisah ini berlaku pada 27 November 2010 bersamaan 20 Zulhijjah 1431. Abang Mat sepupu Hakim yang datang meneman di hari bersejarah baginya. Apalah agaknya tips yang yang diberikan Abang Mat pada Hakim yer :D

Anak bongsu yang masih belum puas tidur dipaksa bangun dan mandi oleh ibu.... tidak mengapa sebab nanti dapat upah.

Ini apa hal pula di kakak di belakang yang tidak berhenti bercakap dan menyanyi semasa perjalanan kami


Jam 8.01 pagi, kami baru bertolak dari rumah walaupun sepatutnya di waktu ini kami sudah sampai di tempat yang dituju.


Aiesyah yang manis bertudung hairan dengan gelagat orang ramai di situ, apalah yang Aiesyah fikirkan yer?


Peserta diminta berkumpul di depan pintu pagar utama untuk acara berarak dan berselawat beramai-ramai, tapi Hakim tak berarak sebab baru daftar waktu ni, itulah siapa suruh sampai lambat? hehe


Anak-anak peserta yang didukung oleh bapa masing-masing, ini sesi anak dan bapa... eh mana hakim dan abah?


Ooh... sini rupanya, hakim yang tak mahu didukung, takut gayat ler tu :D


Anak-anak seramai hampir 200 orang mendengar penerangan daripada pegawai Rumah Khitan tentang berkhitan dan cara penjagaannya



Anak-anak lain khusyuk mendengar, yang ini pula kenapa?


Hakim peserta ke-191, peserta berdaftar yang terakhir, jika ditambah peserta yg walk in maka jumlah semuanya 200. Ada 12 orang doktor yang terlibat, purata masa setiap peserta 15 minit, hampir 48 peserta dikhitankan dalam masa 1 jam.

Muka-muka bosan menunggu giliran dipanggil....


Baca majalan lagi best :)

Aik, mana baju? Itulah sebab mengamuk tadi.... tak mahu pakai baju


Dah tidur dah.......

Tertidur keletihan semasa perjalanan pulang, akhirnya selesai juga anak ini disunatkan. Gambar semasa bersunat tidak dapat dipaparkan atas alasan tertentu :)


Berkhitan adalah satu proses yang wajib dilalui oleh setiap anak lelaki apabila tiba masanya, bergenang juga airmata ibu ni bila Hakim meraung dan menangis semasa proses itu berlaku. Teringat ketika proses melahirkan hakim 5 tahun yang lalu, sakitnya jauh lebih lama dari sakit bersunat.

Bila tiba giliran hakim dipanggil, hakim tiba-tiba tidak mahu masuk bilik tersebut, kami mengambil sedikit masa untuk bercakap, memujuk dan menenangkannya tetapi tidak berjaya.

Selepas berbincang dengan petugas Rumah Khitan, abah dan 6 petugas mengangkat dan memegang ketika proses berkhitan. Melihatkan hakim yang meraung dan menangis membuatkan ibu sedikit tidak keruan dan memohon ALLAH menguatkan semangat Hakim melaluinya, ibu yang melihat dan abah yang memegang dan menenangkannya ketika itu.

Ibu bersyukur kerana proses itu telah berlalu walaupun sedikit terkilan kerana tidak dapat memujuk hakim melakukan dengan rela hati. Hari ini selepas 15 hari berlalu, hakim telah pun dapat melakukan aktiviti seperti biasa, luka telah pulih, dan sekarang ibu faham bahawa ia adalah satu proses biasa dan sejarah itu telah berlalu dan menjadi satu kenangan.

Comments

  1. alhamdulillah selamat juga akhirnya..mesti cuak abis time hakim tak nak masuk tu kan..tp betul la,sbg ibu mesti rasa terkilan sbb kena guna kaedah paksa..huhu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah selamat..tengok gambar2 tu teringat masa bawak abg sunat beramai2 kat HUKM dulu hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.