Skip to main content

Ibu yang penat

Untuk berubah keadaan, kita perlu berubah dahulu.

Rutin berubah, segalanya berubah, utk mendapatkan perubahan yang besar nanti, InsyaAllah.

Ibu yang penat dan lelah berulang-alik ke KL setiap hari, Alhamdulillah anak-anak mudah diuruskan mereka seolah faham ibu perlu lakukan sendirian bila abah tiada 2-3 hari ni. Bersyukur masih punya suami yang baik dan penyayang, macamana agaknya ibu tunggal uruskan anak-anak sendirian?

Bila berniaga di luar, ibu boleh jumpa dan berkenalan dengan ramai kaum ibu yang sealiran. Ada di antara mereka adalah pencen awal kerja dan berniaga kerana ada modal yang cukup, ada yang berniaga di hujung minggu dan cuti sekolah. Rata-rata peniaga ini adalah dari kaum sejenis kaum ibu.

Kebanyakan peniaga yang ibu jumpa menceburi bidang perniagaan kerana minat dan kepuasan. Ramai daripada mereka yang telah berniaga lebih dari 3 tahun.

Satu perkara baru yang ibu tahu daripada buku Memulakan Perniagaan Sendiri yang ditulis oleh pn. Ainon Mohd adalah ramai peniaga yang jatuh atau perniagaan tutup dalam masa 3 tahun. 3 tahun pertama adalah tempoh percubaan untuk memulakan perniagaan.

Ibu yang belum sampai 3 tahun ini memang terlalu mentah, masih putik jagung. Masih terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari.

Semoga berjumpa lagi dan ibu doakan kalian berjaya dan gembira dengan apa sahaja yang kalian lakukan dan ingin laksanakan nanti.

Comments

  1. good luck Anie..support dr jauh yer! hehe

    ReplyDelete
  2. wan anie sure boleh... gigih tu... ditambah dgn sokongan suami... bertambah keberkatannya di situ...

    ReplyDelete
  3. semoga tambah maju bisnes ya...janji halal masuk dlm mulut kita dan anak2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.