Apr 21, 2011

Dalam Dilema... about Sarakids Open Day

Baru semalam ibu ibu war-warkan tentang penyertaan ibu di Sarakids Gathering & 2nd Open Day, tapi sejak petang semalam ibu berada dalam dilema.

Memang ibu menantikan peluang untuk berjumpa dengan ibu-ibu hebat di luar sana sambil bersukaria di tapak pesta booth, nampaknya terpaksa membatalkan niat kerana ada perkara lain yang perlu diambil berati (betulkah bahasa ni)

Petang Selasa dapat surat dari sekolah Hakim dan isi kandungannya berbunyi lebih kurang begini:

"Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan telah terpilih untuk mewakili pasukan Futsal di Kejohanan Sukan Futsal dan Bola jaring peringkat ....... bertarikh 24 April 2011"

Ibu mana yang tidak gembira bila melihatkan anaknya berlatih sejak 2 bulan yang lepas untuk pertandingan ini. Tapi ibu ini merasa sedih sedikit sebab terlalu lewat pihak sekolah memaklumkan kepada kami. Hakim memang ada bakat bermain bola, sejak dari pandai bertatih memang pantang tengok bola, biasanya tendangan kaki kiri. Nampaknya Umar juga mungkin akan mengikut jejak yang sama sebab siapa lagi nak layan Umar main bola jika tidak Abang Hakim.

Ibu betul-betul dalam dilema seperti diluah mati emaik, ditelan bapak pula yang meninggal, tetapi masanya akan sampai dan ibu harus tepat membuat pilihan, kerja, diri sendiri atau anak? Andai boleh dibelah badan ini untuk berada di 2 tempat dalam waktu yang sama.....

Abah bagi cadangan supaya ibu teruskan niat untuk ke Denai Alam dan abah akan bawa 2 anak manja Umar dan Aiesyah untuk melihat aksi abang Hakim di padang futsal Ahad ini. Ibu pula merasa serba salah sebab sebagai ibu memang teringin nak melihat kelincahan anak sulong kesayangan di padang bola, bermain bersama kawan-kawan dalam pertandingan sudah tentu berbeza dengan suasana bermain di rumah.

Perancangan untuk ke Gathering dan persedian booth telah dibuat, ibu sudah terbayang keadaan dan suasana ceria di Denai Alam Ahad ini, tetapi ibu tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama dengan keluarga menyaksikan detik penting dalam hidup Hakim kerana ini adalah perlawanan pertamanya (secara rasmi), mana tahu abang hakim mungkin menjadi pemain terbaik hari itu?

Jika anda berada di tempat ibu sekarang, apakah keputusan yang anda buat? Teruskan niat pergi ke Sarakids Open Day atau batalkan sahaja demi anak?

8 comments:

  1. dalam dilema jugak kalo eliss berada disituasi begini..hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang pilihan yang agak susah ni.....semoga Ibu dapat buat keputusan terbaik demi Ibu dan anak2.

    ReplyDelete
  3. alemak...! mmg dilema..faham perasaan anie..of coz setiap satu benda ttg anak esp hak 1st kita tak nak ketinggalan..mmmm..takder asst ker anie?kalo ada bolehlah anie buka booth, tinggal jap & lepas settle futsal balik semula ke booth..

    ReplyDelete
  4. kalau amanahkan booth kepada sapa2. bleh gi tgk anak main. abis main, bleh berdesup kesana plak

    -Liyana Anaqi-

    ReplyDelete
  5. salam kenal.
    wah.. nie delima yang susah nie..
    kerja & anak.. dua2 pon penting.. harap cik suami dapat membantu beri keputusan..

    ReplyDelete
  6. payoh jugok tu. kalu bulih cari ore ganti Anie metar bukok booth tok leh ko? Hakim pun mesti nok Anie gi tengok dio main bola.

    ReplyDelete
  7. kalau saya

    ok je ayah nya ada

    anie pergi sara kid

    dua2 pun memang penting

    bisnes penting, anak penting

    mungkin ada lagi acara2 lain yang boleh ani pergi yng melibatkan hakim

    kalau saya, dahulukan bisnes, kemudian gantikan perkara lain untuk mengembirakan hakim

    ReplyDelete
  8. so ahad lepas kemana?

    sayer ada didenai alam tau...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails