Perlu atau tidak punya maid di rumah? Jawapan mungkin berbeza mengikut situasi masing-masing. Mungkin perlu dan mungkin tidak.
Pernah atau tidak terfikir untuk punya maid? Jawapan ibu pernah!
Sejak bila ibu terfikir untuk punya bibik? Selepas ibu berhenti kerja dan menjadi fulltime housewife atau ibu yang bekerja di rumah.
Selama hampir 8 tahun berkahwin dan punya 3 orang anak, semua kerja rumah dan anak-anak ibu selesaikan bersama suami.
2 tahun pertama selepas mendirikan rumahtangga, semuanya dianggap sempurna (di mata kami) kerana masih tinggal berdua. Selepas kelahiran anak pertama keadaan masih under control. Selepas anak ke-2 dah kelam kabut :)
Hampir setiap hari bekerja terkocoh-kocoh setiap pagi menyiapkan kelengkapan anak-anak sebelum dihantar ke rumah pengasuh, dengan nak kejar traffic jam lagi, tapi sebab dah hari-hari lalui menda yang sama ia menjadi satu kebiasaan. Belum pun terfikir untuk punya maid.
Selepas berhenti kerja dan menjaga 2 anak di rumah sendirian (bila suami bekerja) masa ni ibu teringin nak ada pembantu, rumah tidak pernah kemas, sentiasa bersepah macam tongkang pecah. Waktu tu kami menyewa di rumah teres yang kecil, punya ruang tamu yang agak terhad untuk kami ber-4 sahaja :) memang risau jika ada kawan-kawan atau sedara yang tiba-tiba telefon cakap 'nak datang umah jap gi' hehe
Bayangkanlah kalau rumah kecil dan bersepah pula tu, tak ke jadi huru hara haru biru :)
Apa yang ibu praktikkan adalah jadual mencuci, 2 hari sekali (kalau sempat setiap hari) cuci dan jemur, 2 hari seminggu gosok baju, kemas baju dan lain-lain tu bila ada masa, biasanya dilakukan di hujung minggu.
Menyapu sampah 2 hari sekali, tengok situasi juga, jika anak-anak rajin mengemas maka ibu pun kena lebih rajin sket :) Hari minggu anak-anak diajar untuk tolong ibu dan abah kemas rumah, tidak kira mereka hendak menyapu, lap habuk, menjemur pakaian atau cuci kereta :)
Hakim memang rajin bab tolong kerja rumah, kepimpinan melalui teladan (ikut abah) anak lelaki akan ikut abah mereka, jika abah rajin cuci pinggan, maka anak pun akan begitu InsyaAllah.
Kerja rumah memang tidak pernah akan habis, ibu paling tidak suka kemas habuk... huhu sebab itu kipas dan atas almari tu habuknya boleh jual. Ibu masih perlukan khidmat pembantu sekali atau 2 kali seminggu untuk kerja cuci habuk, cuci toilet, lap tingkap, kipas, lampu, mop rumah dan uruskan hal lipat-melipat pakaian :)
Ibu memang kagum dengan ibu yang mampu melakukan kerja rumah sendirian, wah ibu memang tidak mampu, walaupun rumah kelihatannya sudah kemas tapi masih belum betul-betul kemas! Macamana tu? Sebab itu bila tiada maid, kita dan pasangan kena belajar untuk bertolak ansur, tidak berkira dalam urusan anak-anak, siapa nak mandikan, siapa nak siapkan baju anak, siapa nak cuci pinggan, siapa nak buang sampah? Juga kena bertolak ansur sedikit jika ada part-part yang kita belum puashati dengan tahap kebersihan dan keunggulannya. Contoh jika suami tolong cucikan toilet, ada kotoran degil sikit yang suami terlepas pandang tu, buat tak tahu jer..... ;-D
Punya bibik bermakna punya orang asing dalam rumah, ibu berasa sangat tidak selesa bila ada orang luar di rumah. Tidak bebas untuk kita berguling-guling anak-beranak di ruang tamu, juga suami mungkin segan untuk tidak berbaju di rumah sendiri :)
Pembantu yang datang sekali sekala di rumah ibu anggap sebagai tetamu juga (tidak biasa punya bibik) cuma dia datang tolong kita buat kerja rumah :)
Kalau bab masak-memasak, ibu seboleh mungkin tak akan biarkan anak-anak dan suami keluar rumah dengan perut kosong, sarapan wajib walaupun hanya sekeping roti dan air teh 'o' panas.
Bila masak nasi ibu mulakan dari awal pagi, sebab tidak mahu banyak masa dihabiskan di dapur. Jam 7 di dapur, jam 11 di dapur dan jam 5 petang di dapur lagi! Kan senang kalau sekali harung masak sarapan dan lauk tengahari sekali gus, biasanya lauk tengahari itu juga yang dibawa ke petang. Cuma perlu hangatkan sahaja. Setakat ini kami tidak pernah ada masalah untuk makan lauk yang sama dari pagi ke petang!
Sejak beberapa bulan yang lepas kami anak beranak praktis makan dalam dulang, senang, jimat masa cuci pinggan. Nasi dan lauk terus dihidang dalam dulang dan dimakan bersama, tidak perlu ada mangkuk untuk lauk-pauk dan pinggan nasi-nasi :)
Apa kelebihan makan dalam dulang? Nanti ibu kongsikan semula selepas mencari formula-formula yang sesuai :)
Tertekan dan stress dengan kerja rumah tanpa bantuan maid? Jom berkongsi dengan ibu-ibu lain yang senasib di sini
Jumpa lagi.
Jumpa lagi.
saya pun baru ada anak sorang ni tak larat nak tengok rumah yg mcm tongkah pecah bila balik rumah..masuk je dah tersepak mainan anak..ermm.baju pulak mcm tak berlipat, nak cuci.penat sgt tp saya tetap dahulukan mana yang perlu je kak.yg nampak mcm boleh disrokkan tu, mmng sorok je.kalau nak buat hari2 semua tu memang pengsan. smpkan semalam pun curi2 masa sapu sampah pukul 12 tgh mlm. karang kalau nak buat awal2..ada je si kecik yg nak menolong..adoi..mkn dlm dulang? menariknya kak..selalu kat sini mkn dlm dulang masa bukak pose kat masjid..
ReplyDeletebetul kata anie..as long ada kerjasama yg baik antara suami isteri & pembahgian tugas yg sama rata ikut kesusaian insyallah, boleh uruskan rumah tangga tnpa bibik. Macam kami, selalunya weekdays hubby cover part2 mandikan anak waktu pagi, saya siapkan anak2, along-hubby antar; angah & sara- saya antar. Malam, hubby tolong jemur kain, saya lipat kain.Weekend:hubby mop lantai, cuci toilet; saya kemas rumah,lipat kain, dll.
ReplyDeletemasa kecik sampai umur 16, kami ada maid tapi ada mcm2 masalah. Sbb tulah kalau boleh sy tak mahu ambik maid. hal2 kerja rumah, mmg tak akan sempurna. Jd buat mana yg mampu dan mmg suami & anak2 pun kena buat kerja.
ReplyDeleteSaya ambil weekly maid aje..datang seminggu sekali, buat kerja yang berat-berat macam mop lantai, cuci bilik air, lap habuk dan cermin. Lain-lain kerja buat sendiri.
ReplyDeletemasa anak sorg memang teratur lagi.. anak 2 pun.. sbb masa tu 2-2 masih kecik..
ReplyDeleteskrg nih... hmm, all the time bersepah.. baru jer kemas.. depa dah punggah segala mainan.. & belum kira lah kerja2 lain...
stress?? ada masa tu stress, dah most of tje time., buat2 x kesah jer.. malas nak susahkan hati ... buat mana mampu.. kalo ade org (yg xde anak) kata rumah bersepah... kita direct sound jer.. meh le tlg kemas.. xde anak boleh la cakap, nanti dah ade anak sendiri mau ingat lah kan...