Skip to main content

Anak Manusia Hisap Susu dari Ibu Lembu

Semasa berehat di rumah pagi Sabtu yang lepas, ibu tengok berita pelik ini. Seorang anak berusia 20 bulan dari Kemboja menghisap susu terus dari ibu lembu. Bayi ini melakukannya setelah melihat anak lembu menyusu lalu mengikutnya.

Bayi ini tinggal bersama datuknya setelah ibu dan bapanya meninggalkan kampung dan ke kota mencari pekerjaan. Dikatakan anak ini menyusu 2 kali sehari.

Bayi ini rindu dengan ibunya, bagaimana perasaan anda sebagai ibu bla melihat gambar ini?



Jujurnya ibu merasa sedih dengan berita ini, sebak rasanya walaupun mungkin bagi sesetengah orang ini adalah berita yang pelik dan lucu.

Melihat video anak yang menyusu dari seekor lembu ini mengingatkan ibu kepada anak bongsu ibu Umar yang lebih kurang sebaya anak ini.

Sungguh berbeza kan? Jika kita menyusukan anak sambil memeluk erat anak tapi ibu lembu hanya berdiri sahaja di situ. Tiadakah ibu lain yang tinggal berdekatan menyusukan bayi ini sehingga sanggup membiarkan anak sekecil ini mendapatkannya dari seekor binatang.

Mungkin tiada bezanya susu yang diminum direct dengan susu yang diperah kemudian diminum cumanya bila anak kecil yang 'kehilangan' ibunya mendapatkan susu dengan cara ini ibu rasa sangat pilu.

Apa yang anda fikirkan? Silakan komen.

Comments

  1. salam singgah...

    sian anak tu perlukan kasih sayang dr ibu dia...hrp2 lembu tu ok jerk bila budak tu menumpang isap susu...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cik dah kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.

    Melalui video yang saya lihat dalam berita, lembu itu memang tidak marah langsung... sebab sudah biasakan? Lembu juga punya sifat kasih sayang terhadap anak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...