Skip to main content

Tips Melatih Anak Toilet Train

Anak ini sudah lebih seminggu diaperless, Alhamdulillah proses mengajak anak ke tandas sangat senang dilakukan. 


Ibu sudah bertekad untuk latih tubi gerak gempur melatih anak berusia 2 tahun 4 bulan ini meninggalkan terus diapers. Hari pertama ibu ajak Umar ke tandas setiap 2 jam, 2 kali terbabas sebab ibu lupa masanya dan kali kedua sejurus Umar bangun tidur.

Hari kedua ibu sudah nampak yang anak ibu tidak mahu lagi memakai diapers kerana seawal bangun pagi terus sahaja ke tandas sambil memegang ...... Hari kedua juga semasa ibu solat Umar dengan sendirinya menanggalkan seluar dan poo di dalam tandas walaupun bukan di toilet bowl. Umar menolak untuk menggunakan potty dia nampaknya selesa dengan melepaskan begitu sahaja :)

Hari ketiga dan hari ke-4 Alhamdulillah segalanya seperti yang dirancang, tiada lagi keciciran, dan ibu berani membawa keluar Umar menemani Abang Hakim exam untuk pemilihan tempat sekolah tahun depan tanpa diapers.

Antara tips yang ibu boleh kongsikan di sini ialah:

1. Habiskan semua diapers dan bertekad untuk tidak mahu membeli diapers lagi, jika menggunakan cloth diapers sembunyikan dari penglihatan anak.

2. Cukup anak memakai tee dan underwear supaya senang anak membukanya sendiri bila mahu ke tandas.

3. Ajar anak supaya duduk dengan betul semasa membuang hajat, semasa memakai diapers anak kadang membuang hajat semasa berdiri.

4. Ibu perlu bersedia mental dan fizikal untuk sentiasa berhadapan dengan situasi yang tidak terduga.

5. Teruskan diaperless walaupun waktu malam, tidurkan anak di toto yang mudah dibasuh. Alaskan tilam dengan plastik getah atau kain yang dijahit 2 lapis dan waterproof.

6. Jangan risau kerana anak yang normal tidak akan membuang air kecil atau air besar ketika sedang tidur. Mereka melakukannya semasa jaga.

7. Ajak anak ke tandas sebelum tidur dan sejurus bangun tidur atau bila anak terjaga di waktu malam, ibu mesti bersedia untuk tidur bersama anak juga semasa proses ini.

8. Jangan selang-selikan dengan memakai diapers untuk mengelakkan kekeliruan anak. Terus terusan diaperless itu lebih baik dan proses mengajar anak ke tandas akan menjadi lebih mudah.


Selepas 5 hari proses latih tubi ke tandas, tiba masa Umar perlu ke taska, ibu pesan kepada pengasuh supaya berjaga-jaga dan bawanya ke tandas bila Umar memegang anunya, kerana itu maksudnya 'Umar nak kencing'. Jangan terkejut bila bawa ke tandas yang di belakang pula keluar sebab Umar hanya akan beritahu kencing sahaja untuk kedua-duanya sekali :)

Umar sudah pandai panjat toilet bowl, dan selepas selesai mahu flush sendiri. Bagus jangan tinggalkan apa-apa di dalamnya ya nak!

Semasa awal latihan, anak lebih kerap ke tandas dan hanya mengeluarkan dengan kuantiti yang sedikit, lama kelamaan akan normal.

Jika ditanya ibu persediaan pertama untuk melatih anak ke tandas, jawapan ibu sudah tentu persediaan mental dan fizikal ibu/bapa kemudian baru anak-anak.

Anak-anak sudah boleh diajar ke tandas seawal usia setahun, tidak ada umur tertentu untuk melatih anak ke tandas. Jika ibu dan anak bersedia maka teruskan sahaja.


Cantik speks :-)

Comments

  1. thanks for the tips, dear. saya pun tgh potty-train my 2nd boy dah yg nk masuk 3yrs.. masih bersabar.... :)

    ReplyDelete
  2. Syigim, selamat berjaya...

    fuh mencabar kesabaran juga melatih anak ke toilet ni :)

    ReplyDelete
  3. tahniah anie & umar..
    utk sarah ni mmg kena ambik masa pjg sket kot sbb waktu tido dia masih buang air..kdg2 bocor jugak sbb dia kerap bangun minum air masak..mama ler kena bersedia mental utk bangun malam ni..hihi

    ReplyDelete
  4. memang betul persedian mental kena cukup tinggi....

    based on my experience, nak latih anak lelaki ke tandas lebih mudah berbanding anak perempuan...

    Anak perempuan sukar utk tahan kencing agaknya...

    Aiesyah sekarang ni ada jugak tercicir malam2 :)

    ReplyDelete
  5. Assalam Wan,

    Bestkan bila anak dah tak pakai diapers..

    Anak ida yg no.2 (KakNgah) umur 4 thn, baru je diaperless. Actually dia cuma pakai diapers waktu mlm. Waktu siang mmg dia dah tak pakai sejak umur 3 thn. Lambat sikit jika nak bandingkan dgn kakyong. Kakyong 2 thn lebih dh totally diaperless. Sekarang ni tengah melatih sikecil ida yg umur 2 thn pula. Kena bersedia mental and fizikal nih.. nak kena ambil cuti ke ni?.. :)

    ReplyDelete
  6. @Laman Alia aka Ida,

    Apa salahnya ambil cuti di cuti sekolah ini untuk bersama dengan anak-anak....

    Saya juga masih mencari formula yang tepat untuk anak yang tercicir malam ni, rasanya dah dapat formula sket2 :)

    ReplyDelete
  7. tahniah.....mesti sekarang dah berjaya (^-^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.