Skip to main content

Mee Udang Kuala Sepetang

Akhirnya..... tercapai juga cita-cita nak merasa mee udang famous di Kuala Sepetang.

Pagi Sabtu lepas ibu berseloroh dengan abah 
"Jom kita gi jalan-jalan..."
"Jalan mana?"
"Kita gi Taiping...?"
"Boleh!"
Terus ibu siapkan anak-anak, sipakan makanan dan bawa bekal baju sepasang seorang. Lepas semua sudah kenyang, hampir jam 11 kami bertolak.

Abah tanya "Kuala Sepetang tu kat mana?" Ibu jawab "Entah, rasanya macam dekat dengan Taiping"

Ibu tertanya-tanya juga apa yang istimewa mee udang Kuala Sepetang ni? 

Sepanjang perjalanan dari rumah ke Tanjung Malim kelihatan banyak pondok-pondok kecil peniaga buah durian dan rambutan. Kami menggunakan jalan lama sehingga di Tapah baru masuk highway.

Langit sangat cerah, pemandangan yang sangat menarik di sepanjang perjalanan, Subhanallah.



Sempat lagi Hakim snap gambar motor hebat ni katanya. Anak lelaki memang suka dengan kereta/motosikal yang besar, dan laju. Anak perempuan 'ada aku kesah!'


Jalan paling senang untuk ke Kuala Sepetang dari highway PLUS adalah melalui exit Changkat Jering. Dari Tapah ke Changkat Jering tol RM13.60 selepas tol tuju ke kiri.

Tidak jauh dari situ sekitar 10-15 minit perjalanan jumpa dengan simpang empat besar, ke kanan Taiping dan ke kiri Kuala Sepetang. Ada showroom Toyota dan Honda di sebelah kiri jalan sebelum berjumpa traffic light simpang empat tersebut.

Kami menuju ke kiri dahulu untuk ke Kuala Sepetang, kami mencari Mee Udang Mak Jah yang famous di sebut orang. Terus aja jalan tersebut nanti akan ada papan tanda Mee Udang Mak Jah, gerai di sebelah kiri jalan.

Hampir jam 2.30 petang kami sampai di sini, inilah dia gerai Mee Udang Mak Jah.


Lepas ambil tempat duduk yang sesuai kami terus order Mee Udang Special 2 dan Mee Udang Biasa 1


 Mee Udang Biasa RM7

Mee Udang Special RM11

Beza mee udang biasa dan special adalah saiz udang, kuantiti udangnya sama saja 7 ekor udang untuk setiap mangkuk.

Ibu perhatikan pengunjung tidak putus ke sini, bila ada yang pergi ada pula yang baru datang. Ruang laman dipenuhi dengan kulit kerang.


Saja kami ambil tempat duduk di tepi supaya anak-anak bebas melakukan aktiviti.

Aiesyah yang berambut pendek, nampak comel pula. Ada yang tegur sebab ingatkan Aiesyah lelaki, eh pakai selipar perempuan! Emm.... sementara sahaja, ibu terpaksa potong pendek rambut Aiesyah sebab kudis di kepala, Alhamdulillah telah baik.


Selepas 20 minit, inilah hasilnya;



Alhamdulillah... 

Ada banyak kedai jual Mee Udang di kawasan sini sebab itu famous Mee Udang Kuala Sepetang, ibu bayangkan Kuala Sepetang ini dekat dengan pantai macam Seberang Takir, Kuala Terengganu, rupanya tidak.

Tempat parkir kereta dekat dengan surau, kami terus solat jamak di situ dan teruskan perjalanan. Ke mana? Zoo Taiping..................!

Comments

  1. Alhamdulillah,akhirnya dpt jugak merasakan...
    saya pun br bulan 5 hari tu dpt merasa padahal dah bersuamikan org tepeng ni, itupun sebab dia baca blog saya - ckp teringin nak rasa...hahaa..

    aisyah saya (angah) pun dah rambut pendek balik..senang nak urus..plus dia tak suka ditocang..

    ReplyDelete
  2. Suami yatie org Taiping..? Setiap kali balik kg boleh lar pegi kan...

    Tapi ini kalau Yatie buat sendiri lagi best kut :)

    Aiesyah kena rambut panjang sebab dia dah lar suka pakai seluar, abang ngan asik pula lelaki....

    angah takper, ada kakak dan adik pempuan.... :)

    ReplyDelete
  3. sedap ke wan? kalau sedap boleh pegi hahaha. balik hari je?

    ReplyDelete
  4. dekat dengan umah sedara sy ni .. hehe sedap sangat ..

    ReplyDelete
  5. Salam kenal kak wan- wahhh jauh pjalanan nk mkn mee udang mak jah..branch terdekat mee udang mak jah dkt wangsa maju pun ada kakwan..cuma feeling kuala sepetang takdela kt ctu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.