Skip to main content

Aura Positif Anak-Anak

Sudah hampir jam 12 malam. Anak-anak lena dibuai mimpi seusai menyiapkan kerja sekolah. Ibu sayu melihatkan Hakim yang lembik kurang bermaya. Mata anak ibu ini kelihatan merah semasa ibu mengambilnya di sekolah petang tadi. Pelbagai andaian di dalam benak ini, bergaduhkah? Kena marah dengan guru kah? Jatuh kah?


Sebaik masuk sahaja dalam kereta, air mata jatuh dari kelopak mata sambil berkata "Hakim demam". Tangan ibu tangkas merasa kepala Hakim dan ternyata kepala dan badan Hakim panas melebihi suhu badan normal. Ibu pegang bahu Hakim seraya berkata dengan nada memujuk "Hakim demam? Sikit sahaja ni, esok baik lah ni" Niatnya supaya Hakim berhenti menangis rupanya semakin tersedu. "Mu'alimmah kata esok tak payah datang sekolah" kata Hakim sambil menangis. Oh anak ibu kan kuat, Hakim memang jarang sakit,  ibu sendiri sudah lupa bila kali terakhir Hakim demam panas begini. Antara ke-3 anak ibu Hakim anak yang paling kuat antibodi (jika ibu boleh katakan begitu).

Hakim baring dan berehat di sebelah sit pemandu, sekejap ibu lihat dia sudah lena. Memang betul Hakim nampak lemah sekali. Sampai di rumah ibu lap badan Hakim dengan air bersih dan sapukan nano krim ke badan terutama tulang belakang. Ibu lihat di dalam peti ais, ubat demam sudah habis. Telefon abah minta belikan paracetamol 250.

"Hakim kan kuat, Hakim mesti kuat lawan virus demam ni, minum air kosong banyak-banyak supaya haba keluar, bila dah sihat Hakim boleh taekwando, main basikal, main dengan Aiesyah dan Umar" Hakim hanya mengangguk lemah. Seusai solat Asar ibu dengar gelak ketawa anak-anak ibu termasuk Hakim, dan penglipur-lara adalah si tengah Aiesyah. Anak kedua ibu ini memang pandai buat lawak, pandai menghiburkan semua orang dalam rumah ini. Alhamdulillah mujur ada Aiesyah, mahu juga Hakim gelak melihat keletah adik perempuannya itu.

Malam ini ibu solat sendirian, biasanya ditemani anak-anak dengan diimami Hakim. Umar dan Aiesyah biasanya mengikut si abang, abang Hakim sudah lena, mengantuk katanya, bila abang Hakim tidak solat, mereka berdua leka membuat kerja melukis dan mewarna.

Hampir jam 10 malam baru abah sampai, terus dikejutkan Hakim yang sudah lena untuk diberikan paracetamol 250. Umar dan Aiesyah juga sudah lena sebelum abah balik selepas menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Umar dengan buku-buku koleksi sendiri.

Esok ibu ada kaunter, nampaknya ibu kena buat plan B sekiranya Hakim tidak ke sekolah. Anak-anak dan keluarga adalah keutamaan bagi ibu, begitu juga dengan ibu bapa. Walau apa pun situasi suami, ibu bapa, anak-anak menjadi perhatian utama. Bila anak-anak kurang sihat ibu bersyukur kerana diberi peluang dan ruang untuk bersama mereka, ini kelebihan bekerja sendiri tidak perlu mohon cuti atau ambil EL, hanya tukar perancangan sahaja. Alhamdulillah kaunter ibu sudah minta orang lain gantikan, terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan urusan kami.

Ibu mohon untuk mengundurkan diri, harapannya esok Hakim sudah kembali normal, mahu ke kelas Taekwando katanya tadi. Semoga bersua lagi.

Comments

  1. Siannya semoga hakim cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. @Zie

    Terima kasih atas doa, Alhamdulillah lepas sehari berehat di rumah, keesokannya sudah ke sekolah seperti biasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...