Apr 16, 2012

Teknik Tidak Menegur Kesilapan Anak

Bismillah.... Ya Allah berikan kami kebaikan hari ini, berjumpa dengan orang yang baik-baik sahaja, dapat menambah nilai hidup orang lain dengan izinMu Ya Allah.

Bukan senang menjadi penulis (berangan menghasilkan buku panduan best-seller!)

Memerah idea dan meluahkan dengan kata-kata yang tersusun dan baik bahasanya. Menulis dengan tenang di waktu sunyi tanpa gangguan sesiapa, seperti sekarang ini.

Target ibu untuk aktif menulis di blog sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, bukan sekali seminggu ya! 3 kali diambilkira bila menulis perkara kebaikan yang boleh menambah nilai hidup orang lain atau dengan kata lain pembaca budiman yang dikasihi Allah dan Rasul. Jika ada selingan itu dikira sunat sahaja di sini

Pagi ini 14/04/2012 Sports Day di sekolah Hakim, minggu ini straight pakai baju sukan ke sekolah, terpaksa ibu basuh dan jemur di bawah kipas sebab baju sukan ada sehelai sahaja. Seronok betul Hakim excited anak ibu ini, petang semalam Hakim tunjukkan pada ibu di mana tempat makanan (kena beli guna kupon), tempat duduk ibubapa dan tempat duduk pelajar ikut rumah sukan masing-masing.

Walaupun anak lelaki kurang bercakap jika dibandingkan dengan anak perempuan, ada lenggok badan menunjukkan bahasa yang perlu ibu fahami. Bab ini mungkin abah lebih faham sebab mereka berkongsi jantina sama :). Walaupun begitu Hakim senang diajak berbincang, tanya pendapat dan berkongsi cerita. Ibu mahu mendengar apa sahaja luahan hati mereka tidak kira gembira, sedih, marah, kecewa. Walaupun pahit terpaksa juga telan, puji sifat jujur anak-anak, ini adalah permulaan komunikasi 2 hala sehingga mereka remaja nanti.

Rasulullah tidak pernah menegur kesilapan, hanya menyatakan apa yang benar (kebaikan/kelebihan) seperti yang ibu pelajari daripada Tim Hadith Psikologi. Ibu mula praktikkan teknik ini bersama anak-anak bila membaca Iqra' juga membuat kerja sekolah. 

Bila Hakim baca salah, ibu diam dan tunjukkan tempat yang salah itu sahaja tanpa berkata apa-apa, Hakim dengan sendirinya membetulkan bacaannya. Jika dengan Aiesyah ibu perlu memberitahu bacaan yang betul sahaja tanpa berkata 'Salah Aiesyah baca ni!' atau 'Bukan macam tu, macam ni'. Impaknya berbeza, anak tidak berasa kecil hati atau mudah bosan dan mahu meneruskan bacaan seterusnya bila dipuji jika membaca dengan betul.

Hakim tidak gemar membuat kerja sekolah sendirian, ibu diminta menemaninya supaya senang dirujuk bila Hakim tidak pasti jawapan atau bagaimana untuk membuat kerja sekolah. Sekarang ibu gembira kerana menggunakan teknik yang betul, Hakim juga lebih seronok. Kata kunci tidak menegur kesilapan, hanya memberitahu apa yang perlu dibuat dan tunjukkan cara yang betul. 

Ibu masih lagi cuba praktikkan teknik 'tidak menegur kesilapan' ini untuk aktiviti harian kami, nampaknya masih belum berjaya terutama bab kemaskan rumah selepas 'sepah-sepahkan'. Kalau boleh tidak mahu langsung gunakan perkataan 'Jangan', hanya menerangkan yang betul. 

Contoh teguran bila anak menggunting kertas (hobi Aiesyah dan Umar sekarang)
"Kertas yang digunting ini perlu dikemaskan dan dimasukkan ke dalam tong sampah dan simpan gunting ditempatnya supaya rumah kita kembali bersih dan selesa" - menggunakan bahasa standard gitu
Bukan begini
"Jangan main gunting, nanti bersepah rumah, ibu baru je sapu" - wah gitu, cakap pun anak tetap main jugak kan? Jadi sendiri naik angin..... 

Ada yang terpaksa ibu ulang banyak kali untuk mengingatkan anak apa yang perlu mereka lakukan, dan ini memerlukan kesabaran yang terlatih.

Notakaki: Tidak bercakap yang negatif tidak bermakna kita baik, tapi sentiasa bercakap perkara positif bermakna kita mahu hanya yang baik datang dalam hidup kita

Blog ini kepunyaan Wan Anie
Ibu yang bekerja dari rumah, berkongsi cerita tentang ilmu keibubapaan, pendidikan anak-anak dan motivasi diri
Memiliki Syarikat Comel Lote Collections (001962543-T) yang fokus pada barangan keperluan serta aksesori bayi dan kanak-kanak. ~Baby & Kids Like~

6 comments:

  1. hmmm rasanya kena tukar teknik mengajar anak2 ni. thanks Anie.

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg sgt menarik ni... kakyong pun kena ubah juga cara ni...

    ReplyDelete
  3. @Nur
    Saya pun baru belajar dan masih belajar praktikkan teknik ini

    ReplyDelete
  4. @kakyong
    terima kasih kakyong, ubah kepada kebaikan, InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. akak, terima kasih kongsi tips... InsyaAllah, sy akn cuba amalkn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails