Skip to main content

Kisah Hari ini | Seminar Fesbuk Power


Alhamdulillah sudah sampai di rumah, berkesempatan untuk menghadiri Seminar FesbukPower di Dewan MCA, Jalan Ampang. 


Seminar dijadualkan bermula jam 8.30 pagi, ibu keluar rumah jam 7.15 pagi. Plan mahu naik komuter, sampai sahaja di Stesen Rawang 7.46, tren baru berlepas.... 

Tren berikutnya jam 8.15, pukul berapa nak sampai? Ibu terus ke Gombak, naik LRT lebih cepat. Ibu nak cepat, sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas di kaunter minta ibu gunakan mesin. Sudah lama tidak menaiki LRT, rupanya sekarang sudah menggunakan coin, sama seperti yang digunakan oleh tren Metro di Guangzhau.



Sampai di Wisma MCA, lega belum bermula, ramai betul manusia, ramai yang berulang-ulang pergi ke Seminar DAO kerana mahukan energy positif dan tambah ilmu. 

Menarik, penuh tenaga, gelombang positif.

Antara perkara yang diulang oleh Dr Azizan dalam seminarnya;

The Power of Giving

The MORE you give, the MORE you get!

Social Media adalah fenomena Internet terkini, Facebook adalah yang paling popular digunakan sekarang dan majoriti pengguna FB adalah dari negara-negara Asia Tenggara.

Oleh sebab itu ramai peniaga menggunakan facebook sebagai medium untuk memasarkan produk mereka. Walaubagaimanapun, jaringan hubungan yang baik itu lebih penting daripada menjadi jurujual.

Facebook juga boleh digunakan untuk 'test market' produk atau sebagai rangkaian 'networking'.

Walaubagaimanapun, kita perlu tahu cara yang betul untuk pasarkan produk/servis, tahu waktu bila pelanggan melepak di facebook, bagaimana membina perhubungan yang rapat dengan pelanggan, membina komunikasi berkesan, dan pelbagai lagi yang perlu dipelajari.

Cukup setakat ini dahulu, untuk menjalin silaturrahim sila add ibu as friend, ada di sebelah kanan blog. Perkenalkan diri ya.... suka fanpage ibu di sini. Jumpa lagi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...