Skip to main content

Kuasa Doa | Kata-kata Adalah Doa



Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan, kebahagian, ketenangan dan kenikmatan, ibu doakan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya yang kalian tempuhi.

Pernah diceritakan oleh seorang Ustaz (ibu lupa di mana mendengar kisah ini, radio IKIM atau di masjid), kisah seorang 'abid iaitu hamba Allah yang mahu mengabdikan dirinya hanya kepada Allah, mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya hanya dengan beribadah kepada Allah.

Hamba ini sering berdoa kepada Allah supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah, cukup sekadar dua keping roti setiap hari sebagai makanannya.

Dipendekkan cerita, hamba ini mendapat fitnah lalu dimasukkan ke dalam penjara, di sana beliau tidak melakukan perkara lain selain beribadah kepada Allah dan diberikan 2 keing roti setiap hari.


Lihat betapa besarnya kuasa doa, lihat apa yang kita doa setiap hari. Berdoa bukan hanya di tikar sembahyang seusai solat, tetapi setiap waktu, seperti apa yang bermain di fikiran, dan kita memang berkehendakkannya.

Paling utama bila berdoa adalah pengabdian kepada Allah, penuh tawadhuk dan penuh sifat kehambaan, memohon daripada Tuhan yang menciptakan diri kita yang kerdil ini, juga dengan keyakinan yang mantap bahawa Allah akan kabulkan setiap permintaan kerana sifat Maha BerkuasaNya.

Mari kita perhatikan, bagaimana cara kita berdoa kepada Allah?

Hanya di dalam hati atau melalui mulut?

Gunakan bahasa percakapan kita, bahasa yang kita lebih fahami dan kita boleh menghayati setiap bait doa yang kita titipkan.

Berdoa di waktu tenang, waktu yang mustajab berdoa, selepas solat, antara azan dan iqamat, semasa hujan lebat, waktu sepertiga malam, ketika sujud dan banyak lagi waktu mustajab doa (mungkin boleh adakan 1 entry khas untuk waktu mustajab doa) yang ibu perlu rujuk terlebih dahulu.

Antara waktu yang ibu suka adalah ketika memandu, terasa tenang terutama waktu awal pagi. Alhamdulillah di sini tiada kesesakan lalu-lintas, suasana jalan yang mendamaikan, penuh dengan pohon hijau, bukit-bukau di kiri kanan jalan.

Ya Allah, pandanglah kami, perkenankan doa kami wahai Allah Yang Maha Menerima Doa, Perkenankanlalh. Ampunkan kami Ya Allah, terima kasih Allah.

Comments

  1. semoga Allah makbulkan semua permintaan dan doa kita kak..

    ReplyDelete
  2. Amin amin Amirah yang baik hati, terima kasih :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...