Skip to main content

Semakin Panjang Usiaku, Semakin Pendek Umurku

Sudah lama meninggalkan blog kesayangan ini, hari ini ibu ingin mencoret sesuatu di sini

Gara-gara ledakan facebook, blog sedikit terpinggir :)

Pertamanya ibu mahu ucapkan terima kasih kepada semua teman, rakan dan sahabat yang mengucapkan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan ibu dan keluarga. Terima kasih banyak kalian memang baik hati. Hanya Allah sahaja, ibu berdoa agar sahabat mendapat rahmat Allah yang berpanjangan....

Genap 33 tahun hari ini mengikut kalendar Masihi, sudah lebih usia ibu mengikut kalendar Hijrah. Semakin panjang usia, semakin pendek sebenarnya umur ibu ini. semakin dekat dengan kematian, semakin hampir menemui Pencipta Yang Abadi.

Hari demi hari, tahun demi tahun semakin kerdil dan kecil diri ini, semakin kurang ilmu di dada, semakin gentar hati ini jika dijemput Ilahi tatkala belum bersedia. 

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (ujian). Dan hanya kepada Kami (ALLAH) kamu dikembalikan- Surah Al-Anbiya': ayat 35
Ibu mohon agar dipertemukan dengan Ramdhan kali ini, harapannya agar dapat berpuasa penuh lagi.

Setiap perjalanan hidup, naik turun roda kauhan laju dan perlahan semua ada pahit manisnya. Tahun depan, InsyaAllah satu fasa baru dalam perjalanan hidup yang singkat ini sekiranya diizinkan Allah Taala. Ibu mohon doa kalian agar semuanya dipermudahkan.

Sudah beberapa bulan bermain dan tergambar di kepala ini. Segalanya jelas dalam pandangan impian ibu yang lemah ini. Ya Allah ku mohon Kau permudahkan segalanya, aku tahu segalanya mudah bagi Mu Ya Allah, tiada yang mustahil bagi Mu Ya Allah..... 

Yakin! Bertaut hati hanya dengan Tuhan, InsyaAllah ada jalannya....

Bersua lagi di lain masa.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...