Skip to main content

Teknik Mudah Belajar Mengaji Quran

Ibu dulu belajar mengaji menggunakan Muqaddam, kalian belajar mengaji bagaimana? Kaedah Muqaddam adalah teknik yang digunakan dahulu, sekarang ini banyak kaedah yang diperkenalkan untuk memudahkan proses pembelajaran al-Quran. Tujuan semuanya sama untuk memandai kita membaca Quran.


Terdapat lebih 16 kaedah telah diperkenalkan di Malaysia, antara yang popular Iqra', Qiraati, Al-Barqy, Al-Matien (Ustaz Zamri), Al-Baghdadi, dan banyak lagi termasuk kaedah Muqaddam. Itu belum lagi termasuk belajar secara interaktif menggunakan CD seperti e-Iqra' dan Quran Digital yang banyak dijual di pasaran.

Walaubagaimanapun, bagi ibu tiada teknik terbaik kerana teknik terbaik adalah yang paling sesuai dengan seseorang individu itu. Setiap individu berbeza teknik terbaik masing-masing. Bagi ibubapa dan pendidik, menggunakan pelbagai kaedah atau teknik pembelajaran dapat membantu anak/pelajar menyesuaikan diri dengan teknik yang disukai.

Hakim mula belajar quran secara formal ketika usianya 5 tahun, sekarang Hakim sudah 7 tahun. Walaupun masih belum habis Iqra' 6 di sekolahnya, di rumah Hakim mengaji Quran besar dengan ibu (ibu panggil naskah al-Quran itu quran besar, muqaddam quran kecil) Anak-anak semuanya mereka panggil iqra' :)

Setiap malam selepas maghrib, Hakim akan baca 1-2 mukasurat sambil diperhatikan oleh ibu. Ibu mula mengajarkan hukum-hukum tajwid, terutama bacaan hukum Idgham, Ikhfa' dan Izhar. 

Jika dulu ibu mengaji (masa kecil-kecil) kami berlumba untuk khatam quran besar, bila sudah khatam tidak perlu lagi pergi mengaji. Sekarang ini suasana pembelajaran al-Quran sudah berbeza. Khatam bukanlah tujuan utama, pandai mengaji dengan tartil adalah matlamat sebenar, bila sudah pandai mengaji kena teruskan bacaan setiap hari bagi memantapkan bacaan ke tahap maksima. Pembelajaran Bahasa Arab juga sangat penting untuk memahami isi kandungan 'surat cinta Agung' yang diturunkan Allah kepada Rasulnya menerusi perantara Jibril sebagaimana firman Allah dalam Surah Yasiin:

"Yaa Siin. Demi al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah dari kalangan para Rasul yang telah diutus. Yang tetap di atas jalan yang lurus. Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani" (Surah Yasin: 1-5)

Apabila menyelami ilmu al-Quran bersungguh-sungguh, kita bakal bertemu dengan ketenangan yang sukar digambarkan. Berwudhu' dan bacalah al-Quran apabila kita dalam kesulitan, InsyaAllah diberi kekuatan dan ketenanngan.

Ibu baru memulakan kelas pengajian al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi atas beberapa faktor:
1. Belajar secara pemusatan, beramai-ramai
2. Suasana belajara yang menyeronokkan, menggunakan alat bantu (alat ketuk), playtime dan kad imbas, juga CD lagu mengikut pelajaran.
3. Anak-anak tidak perlu belajar setiap hari
4. Jika anak-anak dapat menyerap setiap pelajaran, anak-anak boleh membaca dalam tempoh 3 bulan (ada testimoni anak 5 tahun boleh mengaji dalam masa 2 minggu sahaja)


Pandangan ibu sendiri jika anak berusia kurang dari 5 tahun, sebaiknya ibu atau bapa sendiri yang mengajarkannya. Sekiranya ibu dan bapa ada kekangan untuk mengajar teknik ini boleh menggunakan kaedah e-Iqra'.

E-Iqra' sesuai untuk anak-anak yang suka mengadap komputer dan bermain-main dengannya. Pakej E-Iqra mengandungi 3 buku dan 3 VCD interaktif. Setiap buku dan vcd mengikut sukatan pelajaran. Buku 1/VCD1 memperkenalkan bacaan huruf-huruf berbaris atas, bawah dan depan. Buku 2/VCD2 belajar mengenai hukum mad dan seterusnya.

E-iqra' adalah pembelajaran secara interaktif, jika anak gemar dengan gajet, ini cara yang sesuai untuk mendedahkan anak dengan al-Quran seawal usia. Ibu-ibu yang hendak mendapatkan set e-iqra ini boleh:

Email: gedungbukuonline@gmail.com 
Nyatakan Set E-Iqra', nama, alamat dan no tel.

Atau SMS: ke 013-2821450

Maklumat detail tentang E-Iqra' boleh lihat di entry ini

Apapun caranya, natijah yang kita mahu adalah anak-anak pandai mengaji dengan baik. Dengan e-iqra ini bukan anak sahaja yang belajar, InsyaAllah kita sebagai ibubapa juga boleh belajar sekali. Refresh apa yang pernah kita belajar masa sekolah dulu.... al-Quran ini perlu digali ilmu sendiri, atas kehendak sendiri untuk mempelajarinya.

Ibu sentiasa ingatkan kepada anak-anak bahawa pahala membaca al-Quran ini terlalu besar. 1 huruf yang kita baca, diberikan 10 kebaikan (pahala) kepada kita. Dalam satu hadith, pernah dinyatakan bukan 'AlifLamMim' itu 1 huruf, Alif 1 huruf, Lam 1 huruf, Mim 1 huruf... InsyaAllah. Andainya 1 huruf kita baca RM10 masuk ke dalam akaun kita, berebut-rebut kita hendak membaca alQuran. Andaikan begitu, cuma 'wang' atau pahala itu bukan sekarang ganjarannya, di akhirat kelak, InsyaAllah.

Quran juga akan menjadi peneman/cahaya kepada kita apabila kita ditinggalkan keseorangan di alam kubur nanti. Apabila datang waktu itu tiada sesiapa akan menemani, hanya amalan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini akan menjadi peneman kita. InsyaAllah al-Quran yang kita baca ini akan memberi kebaikan kepada kita kelak.

Walau apapun caranya, tujuan dan matlamatnya adalah sama, kaedah pelbagai boleh digunakan, InsyaAllah anak-anak kita adalah anak-anak soleh dan solehah yang akan kita tinggalkan sebagai pencen kubur.

Kalian boleh kongsikan di sini kaedah yang digunakan untuk mengajar anak-anak mengaji, semoga bersama mendapat manfaatnya InsyaAllah. Wallahu'alam.


Comments

  1. sy ajar Fathini mengaji dr umur dia 3 thn. Skrg bole doh dia baca sendiri cuma kena tegur pjg pendek bacaan. Sy guna Iqra' &muqaddam biaso.

    ReplyDelete
  2. Ada dengar dalam IKIM baru ni, lupa nama panel jemputan.
    Beliau ada mengatakan yang terbaik mengajar anak Quran adalah bapa/ibu sendiri... walaupun ramai yang kata sukar untuk ajar anak sendiri... memerlukan kesabaran yang tinggi.

    Tahniah Nur!

    ReplyDelete
  3. salsm,trjumpa blog ni masa googled pasal kaedah mngaji al-baghdadi.trima kasih :) salam kenal,jmputla follow kmbali :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...