Dec 13, 2012

BBQ Di Sungai Inki, Kalumpang Hulu Selangor



Status rakan-rakan blog dan fb berkisar tentang percutian keluarga, maklum sahaja cuti sekolah, bercuti dan berjalan-jalan itu menjadi agenda wajib. Ibu sekeluarga bercuti juga Ahad baru ni, kami ke Sungai Inki yang terletak di Kampung Pasir Putih, Kalumpang di daerah Hulu Selangor. Tidak jauh pun dari rumah kami ni :) dalam 30 minit perjalanan sudah sampai.

Perancangan asal hendak berehat di Janda Baik, namun hasrat tidak kesampaian chalet semua penuh (yang ibu call) jadi malam itu ibu google, dan akhirnya keputusan untuk ke Sungai Inki yang belum pernah kami jejaki. Persiapan dibuat sehari sebelum, ibu beli kepak ayam dan perap untuk acara BBQ, sudah lama tidak berkelah begini, ibu teruja! Kepak ayam perap dengan lada hitam, lada sulah, sedikit garam, bawang, halia, serai dan tepung magik.


Jam 7 pagi kami sudah turun, singgah isi minyak dan beli kuih untuk alas perut sementara acara makan-makan di sungai nanti. Alhamdulillah perjalanan pagi itu sungguh lancar, dan tenang. Cuaca cerah memang seolah merestui perjalanan kami untuk bergembira dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Sungai Inki tidak jauh dari Bandar Tanjung Malim, bagi kalian yang datang dari lebuhraya PLUS, boleh exit di Tanjung Malim dan tuju ke Kuala Kubu Bharu. Lepas UPSI perhatikan signboard Kalumpang Resort sebelah kiri jalan, masuk simpang kiri. Dalam tu ada petunjuk jalan, ikut sahaja signboard ke Kalumpang Resort, sampai di Kalumpang jangan masuk situ :) terus ke depan sedikit ada kawasan sungai perkelahan sebelah kanan, itulah dia Sungai Inki.

Suasana sungai jam 8 pagi ;)
Nampak air macam cetek kan? tepi tu je yang cetek, ke tengah sedikit agak dalam adalah paras pinggang ke dada, sesuai untuk dewasa yang kepingin nak berenang dalam sungai.

Kami mencari port yang sesuai, oh ya datang ke sini mesti awal nanti parking penuh, kena jalan jauh....


Port kami dengan bag comel anak-anak :)

Anak-anak awal lagi sudah masuk air, air di tepian sahaja, ibu tidak benarkan anak-anak main di bahagian tengah, arus air agak deras pagi tu, di tengahnya disediakan tali.

Bila anak-anak sudah masuk air, ibu dan abah tidak sabar-sabar nak bakar kepak ayam. Skill menghidupkan unggun api masih ada, mujur ada pengalaman masuk hutan zaman remaja dulu-dulu kan? Ok lah mari lihat chicken wing dan sosej panggang ini :)


Seronok sangat anak-anak, kami sudah lama tidak bawa mereka bermain air sungai... anak mana yang tidak sukakan air? Dari jam 8 pagi sampai jam 1 tengahari pun masih tak mahu balik, walaupun sudah menggigil.

Agenda main air dan makan sahaja..... bihun goreng yang ibu masak pagi tadi nampaknya kurang diminati, maklumlah ada kepak dan sosej kan?

Jam 1.30 kami paksa juga anak-anak naik dan kami bergerak pulang, singgah di Masjid berdekatan jalan besar untuk solat zohor dan ibu tukar pakaian di sana. Hujan turun dalam perjalanan kami pulang ke rumah, aktiviti memancing terpaksa dibatalkan.

Banyak lokasi perkelahan yang menarik di Hulu Selangor ini, ibu teringin juga hendak pergi ke Santuary Kelah di Sungai Chiling, jika diizinkan Allah kami akan sampai nanti.

Mana destinasi cuti-cuti Malaysia ibu-ibu dan keluarga cuti sekolah ini? Mari kongsi dengan ibu, boleh kami rancang percutian yang lebih menarik di lain masa.

Sampai di rumah, kami beli rambutan 4 kilo RM10, sekali hadap je, kami semua memang sukakan buah rambutan. Petang itu, habis jua bihun goreng ibu dimakan anak-anak :) Alhamdulillah tiada yang membazir.

P/s: Ibu menang 2 hadiah, 1 dari blog ElissMie dapat FM dan 1 lagi dapat Buku Ustaz Azhar Idrus, nanti ibu kongsikan di entry yang lain......

2 comments:

  1. tak tahu pun tempat ni..mungkin sbb jauh dr Klang valley..jarang disebut org kot..nampak tmptnya bersih & tenang jer..

    ReplyDelete
  2. Kami pun baru tahu tempat ni, sebelum ni pernah ke Kalumpang Resort jer.

    Masa mandi manda haritu, kami berkenalan dengan keluarga yangg datang ke sini, ada yang dari Klang, KL, Rawang...

    Best sangat tempat ni MamaYatie, lepas ni memang nak datang lagi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails