Skip to main content

Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk


Alhamdulillah kesyukuran hanya layak dipanjatkan ke hadrat Allah SWT.

1. Menerima berita kehadiran anak saudara baru dalam keluarga kami, cucu ke 43 dalam keluarga besar Haji Wan Ismail dan Hajah Meriyam@Esah. Ini adalah kelahiran pertama anak bongsu perempuan Cik dan Ayah. Perempuan 3.15kg.



Comel kan? Bayi yang lahir dalam keadaan fitrah, suci bersih.

2. Menang contest teka jumlah di Blog Elissmie.com 
Main teka je masa contest tu, tak sangka pula dapat jawab paling hampir, dapat hadiah fridge magnet. Bila buka bungkusan rupanya bukan fridge magnet sahaja, ada juga aksesori lain... terima kasih banyak Elissmie!

Ini lah dia hadiah yang ibu dapat.

3. Hadiah Buku Ustaz Azhar Idrus dari DS E-Galeria Book terima kasih banyak kepada pemilik kedai buku DS E-Galeria Book ini. Semoga murah rezeki :)


4. 10 Buffered Earning sedang berjalan di blog-blog milik ibu, Alhamdulillah... baru sahaja dapat cek Nuffnang awal bulan haritu, rezeki.

5. Sudah selesai Bengkel Tajwid Al-Baghdadi hari Sabtu lepas di UIA.

InsyaAllah akan ada lagi perkara yang menggembirakan hati, nikmat apakah yang kita boleh dustakan? Ya Allah sungguh melimpah ruah rahmatMu. Ampunkan dosa kami sekiranya dalam banyak nikmat yang Engkau limpahkan kepada kami, tidak kami syukuri.

Comments

  1. Alhamdulillah...rezeki sentiasa ada dimana2...dah lama tak bercontest :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih utk backlinknya :) dan terima kasih sudi terima hadiah yg tak seberapa tu :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki MamaYatie, ini semua contest yang senang sahaja... letak komen, like dan share :)

    ReplyDelete
  4. @ElissMie
    Terima kasih kembali, apa yang tidak seberapanya... berapa-berapa ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...