Skip to main content

Huggies Dry Pants: Change for Better Convenience


Huggies adalah jenama lampin yang pertama menjadi pilihan ibu sejak anak pertama yang dilahirkan pada 03 Mei 2005. Penyerapan yang baik dan terbukti berkesan membantu menghalang ruam lampin!




Anak suka berlari semasa dipakaikan lampin?

Anak pandai membuka lampin sendiri?

Anak tidak mahu duduk diam semasa dipakaikan lampin

Ibu-ibu ada mengalami situasi ini di rumah? Terutama anak yang sudah pandai meniarap, merangkak, apalagi bila sudah pandai berjalan. Anak yang aktif sentiasa ada pergerakan dan perkara yang hendak dilakukan.


Apa yang menyebabkan penggunaan Huggies Dry Pants menjadi sangat mudah, senang dan cepat?

Pemakaian lampin biasa, anak perlu dibaringkan, lampin perlu diletakkan betul-betul di bawah punggung bayi supaya tidak senget bila dipakai, kemaskan pelekat lampin supaya tidak berlaku kebocoran.

Menggunakan lampin seluar dari Huggies segalanya mudah, malah ibu-ibu sempat memakaikan lampin anak ketika sedang berbual di telefon, sambil dukung bayi, malah guna satu tangan pun boleh!


Semudah ABC!  Koyak, Salin & Lepas!

Huggies Dry Pants sangat praktikal digunakan di rumah untuk anak yang aktif dan ibu-ibu yang sibuk

Huggies Dry Pants mudah digunakan ketika bersiar-siar (travel). Praktikal digunakan bagi keluarga seperti kami yang menempuh perjalanan balik kampung yang lama 7-9 jam perjalanan. Menyalin lampin anak bukan lagi mimpi ngeri (hehe). Mudah sahaja, hanya koyak, salin dan lepas. Anak tidur pun boleh buat!

Pemakaian Huggies Dry Pants semudah memakaikan anak seluar dalam. Anak tidak perlu berbaring atau duduk pun, sungguh senang boleh dilakukan di mana-mana sahaja, di rumah, di taman, di dalam kereta, di tepi pantai… masukkan kaki anak dan tarik ke atas.




Mengenai Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin! 


Sample Percuma!


Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba Huggies Dry Pants boleh dapatkan sample percuma di sini
http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx




Pelbagai informasi dan maklumat menarik termasuk peraduan di Fanpage Huggie Malaysia




Mengenai Huggies®Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

Entri ini ditulis khas untuk Huggies Dry Pants: Change for Better Convenience



Comments

  1. As salam. Teringat masa anak anak kecil dulu. Banyak juga belanja utk beli pampers ni. Kini anak anak semua dah besar, cepat saja masa berlalu

    ReplyDelete
  2. Puan Aziejaya yang dikasihi Allah

    Betapa masa terbang dengan pantas :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.