Skip to main content

Selagi Ada Kesempatan


Sejak ibu terlibat dengan pendidikan di PASTI, pelbagai aktiviti yang dijalankan setiap hujung minggu bermula dari Hari Sukan Pasti 14 April yang lepas.

Penat? Rasanya mahu satu hari suntuk berada di rumah, urusan rumahtangga yang tidak pernah selesai, sehinggakan baju sukan anak yang hendak dipakai esok, malam ini baru basuh dan jemur bawah kipas.. hihi. Setiap hari jadi supir aka pemandu berhemah anak-anak termasuk anak-anak Pasti yang dikasihi.

Hari ini mahu keluar lagi, semalam ibu terfikir... tak payah lah pergi, baik berehat sahaja di rumah... kemudian datang lagi suara yang lain. Panjang lagi ke umur? Sempat lagi ke nak buat macam-macam? Selama ini amalan-amalan yang kita buat benar-benar ikhlas kah? Allah terima kah?

Argh... macam-macam pula persoalan yang bermain di fikiran, tak boleh jadi begini..... ibu tetapkan pendirian, jika mahu lakukan perkara yang baik, usah fikir-fikir... buat sahaja. Ibu tidak tahu amalan ibu yang mana diterima Allah. Mungkin kebaikan yang sedikit ibu buat itu yang dipandang. Masih banyak ruangkah untuk ibu melakukan pelbagai perkara kebaikan semasa hidup? Entah esok lusa dipanggil mengadap Ilahi.

Usah tangguh-tangguh, esoklah, minggu depan lah... benar-benar yakin yang esok atau minggu depan nyawa masih dikandung badan, atau mungkin kita tidak sihat seperti hari ini? Atau mungkin ada urusan lain yang perlu diselesaikan?

Kejar 5 perkara sebelum datang 5 perkara
Masa lapang sebelum sibuk
Masa muda sebelum tua
Masa kaya sebelum miskin
Masa sihat sebelum sakit
Masa hidup sebelum mati

Peringatan untuk kita yang selalu leka dan lalai, ini pun masih ada hutang entry yang belum selesai...

Jumpa lagi di entry yang lain dengan izin Allah. Mahu siapkan sarapan ringkas sebelum keluar, Alhamdulillah suami sentiasa menyokong apa yang ibu lakukan, anak-anak juga faham bila ditinggalkan.

Apa aktiviti puan-puan ibu-ibu hari ini? 

Comments

  1. setuju..selagi ada peluang grab & buatlah sehabis baik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.