May 25, 2013

Buku: Ajar Anak Kecil Membaca Awal


Anak-anak sekarang lebih 'advance'! Ramai yang berkata begitu. Lihat saja cara anak bercakap, cara mereka berkawan, berfikir tentang sesuatu, dan banyak lagi. Anak-anak sekarang terdedah dengan sumber lebih awal, seperti mula diperkenalkan dengan bacaan al-Quran dan diajar membaca seawal usia dalam kandungan lagi.

Ini menunjukkan betapa 'advance' ibubapa muda sekarang menekankan aspek pendidikan kepada anak-anak mereka. Sesuatu yang boleh ibu banggakan! Sungguh ibu kagum dengan usaha dan keprihatinan ibubapa muda sekarang ini apabila menyentuh soal pendidikan awal anak-anak.

Rata-rata anak yang diajarkan oleh ibubapa sendiri di rumah secara konsisten telah mula dapat membaca sebelum usia 4 tahun. Adik Nurani pada usia 3 tahun 8 bulan sudah membaca Buku 8 dari Buku Bacalah Anakku. Video adik Nurani membaca boleh lihat di sini

Ibu mana yang tidak gembira bila anak sudah pandai membaca sebelum masuk tadika.

Namun begitu, ramai juga ibubapa yang menyatakan kebimbangan mereka apabila anak berusia 6 tahun masih belum pandai membaca. Di tadika tempat ibu mengajar sendiri masih ada anak 6 tahun yang belum pandai membaca. Mengikut pemerhatian ibu (yang baru setahun jagung pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak) ini, biasanya anak-anak yang mudah mengaji Quran juga mudah pandai membaca buku.

Ada juga ibubapa yang tidak tahu bagaimana untuk mulakan pengajaran di rumah, seharian sudah penat di tempat kerja, balik rumah tiada masa untuk mengajar anak lagi. Ibu akui lemah dalam pengurusan masa bersama anak-anak. Hanya waktu malam sebelum tidur boleh luangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Inilah waktu bacakan buku untuk anak-anak, membacakan buku untuk anak juga membantu anak mudah membaca awal.

Aiesyah (anak ke-2 ibu) tidak suka diajarkan membaca seperti abangnya Hakim, dia lebih suka minta ibu bacakan buku cerita. Aiesyah memang dari bayi lagi sukakan buku, sejak dia pandai bercakap, dia akan ambil buku dan mula membaca mengikut versi ceritanya sendiri. Ternyata ada anak yang pandai membaca melalui pembacaan orang lain. Dari situ dia tahu yang ejaan s a y a bunyinya 'saya', ejaan k a m i bunyinya kami, n y a n y i bunyinya nyanyi. 

Kadang-kadang kita sebagai ibubapa menolak untuk membacakan buku cerita dan berkeras mahu anak baca buku belajar membaca dahulu. Tidak perlu terlalu 'strict' dalam hal ini. Boleh juga gunakan kaedah nyanyian berlirik dan berirama, vcd lagu, dan sebagainya.

Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal tulisan Puan Nik Eliani dan Tuan Othman yang juga penulis buku Bacalah Anakku dan Read Easy terbitan Read Network. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Banyak tips yang ditulis oleh Puan Nik Eliani di blog beliau.

Pengalaman adalah guru yang paling berharga, ibu ini baru 8 tahun mendidik anak sendiri takkan sama dengan pengalaman Puan Eliani yang sudah lebih 20 tahun. Cara paling mudah untuk belajar adalah belajar dari orang lain yang sudah ada pengalaman.

Bagaimana meransang anak semasa dalam kandungan? Perkembangan sel otak amat aktif semasa tumbesaran bayi dalam kandungan, bercakap-cakap dan berbual dengan bayi. bacakan buku untuk bayi. Sebagai muslim kita sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran sepanjang kehamilan.

Ibu-ibu mengandung boleh membacakan surah-surah seperti:

al-Fatihah - tenang hati dan kuat daya ingatan
at-Taubah - membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Surah Yusuf - cantik rupa dan akhlak
Surah Maryam - mudah bersalin dan anak sabar
Surah Luqman - cerdik akan dan jiwa

Banyak tips yang menarik dikongsikan oleh Puan Nik Eliani dan suaminya di dalam buku ini. Sesuai untuk ibu-ibu muda (macam ibu?) dan juga bakal ibu.

Buku ini hanya RM15 sahaja, boleh dapatkan daripada ibu, hanya tinggal beberapa buah sahaja lagi. Tinggalkan komen di bawah beserta email atau SMS Pn Wan Anie 013-2821450.

1 comment:

  1. happy bila tengok anak pandai membaca waktu kecil lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails