Skip to main content

Cerita 17 Mei 2013: Sambutan Hari Guru


Cuaca mendung sahaja pagi Jumaat yang diberkati ini.... sambutan hari guru diadakan peringkat sekolah Pasti kami, jadi semua pelajar diminta hadir sesi pagi. Daripada 130 pelajar, hanya 90 yang hadir dengan pelbagai juadah dan hadiah.

Guru ini kagum dengan anak-anak cilik yang sediakan hadiah dan ucapkan Selamat Hari Guru kepada kami, terharu... comel je tulisan anak-anak ini di kad.

Kami cuma minta bawa sedikit juadah, tapi mereka bawa banyakkkk... seorang bawa untuk jamu 20 orang makan, kalau dah 90 orang? Macam-macam makanan ada kek 6 kotak, kek potong dalam bekas,, makanan berat seperti nasi himpit, mee goreng, mihun, kuih-muih (paling banyak), kerepek, keropok, kentang goreng, kentang putar, nugget, buah, agar-agar dan puding, aiskrim siap dengan kon, snek, sumi jangan dikira. Sekolah sediakan ayam goreng ala-ala FC lagi.

Memang banyak! Kami hidangkan makanan yang anak-anak suka makan, yang mana kurang mendapat sambutan kami ketepikan (bawa ke masjid selepas habis jamuan - rezeki Jumaat). 

Seperti biasa mulakan dengan perhimpunan bacaan syahadah dan ikrar, serta doa. Ucapan hari guru, amanat guru, sedikit nyanyian, kemudian bagi anak-anak tiup belon untuk digantung di kawasan sekolah. Setiap belon yang ditiup ditulis nama dan ucapan Sayang Cikgu :) 

Kemudian acara pemberian hadiah, kagum dengan anak murid yang tulis, balut sendiri hadiah. Walaupun nampak tidak kemas tapi cukup mengharukan atas ingatan mereka kepada kami. Ada yang dari hari Selasa sudah beri hadiah hari guru! Ada pen, mug, kad, keychain, bag kecil, bunga, coklat dan gula-gula, sejadah, tuala, cupcakes, popia dan macam-macam lagi. Teruja ibu ni sebab pertama kali dapat hadiah hari guru dari anak-anak 4/5/6 tahun. Sebelum ini pernah dapat daripada pelajar sekolah menengah yang mula-mula ibu mengajar dahulu tahun 2002. Sudah lama!

Acara yang ditunggu, menjamu selera... dari awal lagi minta aiskrim, dah nama anak-anak mana yang tidak suka aiskrim... kena lah minta mereka makan makanan dulu sampai kenyang, acara kemuncak baru makan aiskrim.

Sekejap sudah sampai waktu balik, kami packing snek, sumi, kek masukkan dalam plastik, bagi anak-anak bawa balik, kongsi dengan adik-beradik dan ibubapa mereka pula. Kuih-kuih yang banyak kami hantar ke  masjid, dan selebihnya yang tidak habis makan kami guru-guru bawa balik. Boleh juga sedekahkan sedikit pada anak-anak yang datang mengaji malam tu.

Macamana ya sambutan hari guru di sekolah anak-anak ibu-ibu sekalian? Cikgu ibu-ibu adalah guru bagaimana sambutan di sekolah cikgu? Ada entri tentang sambutan hari guru? Mohon komen dan letakkan link ya!

Bila sudah hampir waktu balik, baru ibu dapat snap beberapa gambar. Beginilah gayanya jadi cikgu tadika, tidak sempat nak duduk makan melayan anak-anak mahu itu dan ini, apalagi ambil gambar! Jadi entri ini tiada gambar, belum ditransfer ke pc. Bila sudah masukkan gambar ibu repost, boleh ye? Alaaah gambar kek je pun... hihi.

Ok sampai sini dulu, gigih ibu menulis entri ini jam 3 pagi! Jumpa lagi.

Comments

  1. kat kindy sy, kami beli kek satu share dgn budak2. adala dpt hadiah jugak sikit dr yg bawa hadiah. mg depan ni kami akan adakan party sblm cuti pertengahan thn. jd masa tu baru nak buat acara2 utk budak2 & cikgu2.

    ReplyDelete
  2. seronok lah ye anak-anak makan kek...

    jika di sekolah ada yang bawa kek sempena harijadi memang berebut... anak-anak memang sukakan kek, coklat, snek, jajan, aiskrim lagi lar....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...