May 20, 2013

Sabtu 18/6/13: Nasi Dagang dan Kambing Bakar


5:48pm (20/5/13) 
Alhamdulillah masih bertenaga walaupun hanya sahur dengan air kopi sauda dan kurma sahaja. Masih bertenaga untuk teruskan puasa sunat Rejab hari ini. Untuk rekod hari ini bersamaan 10 Rejab 1434H. Berbalik kepada cerita Hari Sabtu, pagi Sabtu selepas telefon adik sekitar jam 7.30pagi kami terus bersiap untuk ke rumahnya di Puchong, bertemu dengan kedua orang tua yang sampai petang Jumaat.

Berbelah bagi mahu pergi Sabtu atau Ahad memandangkan Sabtu petang ada kuliah Feqah Ustaz Hazri Hashim dan malamnya selepas maghrib bakal diadakan mesyuarat dan jamuan di Pasti. Pasti kami jadi tuan rumah kali ini.

Dalam perjalanan sempat lagi kami singgah ambil stok Tepung Magik dan Mashed Potato, tepung sudah habis dan sudah ada yang mahu beli lagi. Sudah penuh bonet kancil comel kami dengan 2 carton barang.

Sampai sahaja di rumah adik, terus dijamu nasi dagang.... emm sempat 2 kali makan! Adik buat nasi dagang sempena hari lahir anak pertamanya Rashdan yang ke-4, sebaya dengan Umar. Beza sebulan sahaja.

Akibat leka bercerita dan makan, lupa nak ambil gambar makanan.... Kek Red Velvet Rashdan tu sangatlah sedapnya! Muffin chocolate tu pun sedap juga, ibu sempat curi makan Aiesyah punyalah tak nak kongsi. Huh

Sekitar jam 4.15 kami bergerak pulang ke Batang Kali, singgah solat di Gombak, terus singgah di Pasti jam 6.45petang. Bau masam jangan cium hehe dari pagi sampai ke malam sehingga selesai acara.

Maklumlah tuan rumah mesti kena bersiap menunggu kehadiran tetamu, pengurus dan guru-guru Pasti seluruh Hulu Selangor, anggaran dalam 50 tetamu. Kambing yang sudah marinate 12kilo, mihun goreng Singapura (yang warna putih letak lada hitam), ulam sayur, tomato, lada benggala dan salad, buah oren sunkist dan air mangga sunkist, air teh o panas.

Seusai solat Isya' majlis dimulakan, mesyuarat post mortem hari Sukan Pasti yang telah berlangsung awal bulan April yang lalu. Sebelum itu sedikit tazkirah dan ucapan aluan dari Pengerusi Pasri Hulu Selangor. (Jangan tanya nama, ibu memang belum ingat nama-nama orang penting Pasti, muka InsyaaAllah boleh cam)

Beberapa orang yang datang awal tetapi tidak terlibat dengan mesyuarat ditugaskan membakar kambing termasuk Encik Abah. Berpeluh malam tu... udahlah dari pagi tidak mandi huhu.

Selesai semuanya sekitar jam 10.30, kami berkemas, cuci apa yang patut hampir jam 12 juga sampai di rumah. Lebihan kambing bakar tetamu ambil sedikit seorang bawa pulang, ibu sempat ambil dalam 5 keping. Kehadiran tidak sampai 30 orang, guru Pasti semua perempuan, malam-malam susah sikit nak datang, dengan hujan nya lagi malam tu.

Lega bila semua sudah selesai.... owh kambing bakar itu sangat sedap, pertama kali mencuba. Insya kambing bakar yang dibuat sendiri oleh Pengurus Pasti tempat ibu mengajar. Memang dia buat berdasarkan tempahan pelanggan. Jadi sesiapa yang nak tempah kambing bakar yang sudah siap marinate beserta sos black pepper boleh hello ibu, minimum 10 kilo. ;) 1 kilo RM30.

Berita dukacita, kamera tiada pada hari tersebut, dah full utilize semasa ke KidZania dan belum cas. Telefon pula kehabisan bateri. Jadi tiada gambar disertakan.... (mode sedih)

Ibu-ibu suka kambing? Ibu ni kalau kambing memang suka, prefer kambing dari lembu!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails