Skip to main content

Tenang Dan Nyaman Pagi Ini


Tenang, nyaman, suasana pagi ini, Subuh tadi hujan rintik-rintik.... ibu keluar ke laman menghirup udara segar. Ambil aura.... pagi-pagi rezeki mahu datang :)

Ibu mahu kongsikan artikel tentang syukur dipetik dari Majalah Solusi Isu 43

Siapa pun kita hari ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi, ahli persatuan yang aktif, atau sesiapa sahaja ahli dalam bidang masing-masing, pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur?

Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit. Membentuk diri menjadi ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah:

1. Tetap Bersukur Walaupun Nikmatnya Kecil
Biarpun nikmat yang dieroleh tidak sehebat mana, atau tidak seperti yang kita inginkan, sematkan diri dengan sifat qanaah. sentiasa cukup dengan apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ianya berupa ujian, lapangkan hati untuk menerima dan bersukur kerana ujian yang ditimpa lebih ringan berbanding orang lain.

2. Memuji Allah Setiap Masa
Amat mudah memuji Allah iaitu dengan mengucapkan Alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda sukur kita terhadap segala kurniaan Allah. 

3. Berterima Kasih Kepada Penunjuk Jalan Nikmat
Benar, setiap rezeki datang daripada Allah. Tetapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Berterima kasih kepada orang sekeliling kita dalam apa jua bentuk bantuan yang diberikan.

4. Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri Kepada Allah
Nikmati nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti melengah-lengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan perlbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.


Hitung Kesyukuran Bukan Kesukaran
Seorang budak lelaki sedang menangis, datang seorang tua dan bertanya, "Mengapa kamu menangis?" "Duit saya hilang" jawab budak lelaki tersebut.
"Berapa duit yang hilang?" tanya pakcik tersebut. "50 sen" anak itu menjawab sambil menangis teresak-esak.
"Ambil ini 50 sen, sudah! Jangan menangis lagi" lelaki tua memujuk anak itu. Aneh tangisan anak ini semakin kuat.
 "Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pakcik ganti?" lelaki itu bertanya
"Itulah saya menangis, Sekiranya duit saya tidak hilang tadi, sudah tentu saya sudah ada seringgit sekarang" jawabnya dan terus menangis

Bagaimana kedudukan kita sekarang? Adakah sama dengan situasi anak kecil tadi? Biar apapun yang berlaku, yang lepas biarkan ia berlalu... bina masa depan yang baru, InsyaaAllah Allah tidak akan membiarkan hambanya dalam kesusahan. Apa sahaja yang kita hadapi itu tandanya Allah sayangkan kita.

Ibu teringat kata-kata Ustaz Ebit Lew, apabila ada kesukaran atau sedang menghadapi ujian atau musibah, pujuk hati... rahmat Allah akan datang, rahmat Allah akan datang.

Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kesenangan! 

Semoga bermanfaat. 

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...