Skip to main content

Idea Wangikan Rumah Cara Semulajadi


Ibu memang tidak gunakan sebarang pewangi di rumah. Alhamdulillah ruangan di rumah ini besar dan mempunyai pengudaraan yang cukup, terutam ruang tamu. Setiap bilik mempunyai tingkap begitu juga bilik air tinggi dan mempunyai ruang udara di bahagian atas.

Rumah yang wangi boleh menjadi terapi penghuni di dalamnya. Bayangkan jika rumah tiada pengudaraan yang cukup dan bau hapak.... pasti tidak selesa hidung.

Selepas ibu habiskan ebook Super Wahm, ibu mendapat idea membuat deko cum pewangi semulajadi menggunakan daun pandan dan bunga kemboja putih. Bunga kemboja putih ada 2 pokok kami tanam, 1 di bahagian depan, dan satu lagi di belakang. Pokok kemboja hidup subur dan berbunga dengan galaknya. Sejak mula berbunga, sentiasa ada bunganya walaupun tidak lama, mekarnya dalam 3-4 hari kemudian luruh, mekar lagi bunga yang lain, begitulah silih berganti.

Pokok Kemboja Berbunga Putih

Bau wangi kemboja ini sangat menarik perhatian ibu setiap kali keluar rumah, pasti ibu menghampiri dan mencium baunya. Harummmmm.......  terasa mahu penuhkan sekeliling rumah dengan bunga kemboja putih. Jika tidak silap ibu, pokok kemboja ada yang berbunga merah, pink, kuning dan putih. Bunga warna lain, ibu tidak pasti ada bau atau tidak.

Jika di kampung-kampung, bunga kemboja sinonim dengan tanah perkuburan. Ibu tidak pasti di sini. Walaupun ia mudah hidup, harga pokok kemboja mahal. Ibu ambil induk pokok kemboja putih daripada seorang kawan, beliau membeli pokok ini dengan harga RM100 untuk 1 pokok.

Ada seorang kawan memberitahu ibu, bunga kemboja mempunyai nilai estetika yang tinggi di negara luar, di Malaysia ini nampaknya seperti tiada nilai. Mungkin ada cuma ibu yang tidak mengetahuinya.....

Baik, berbalik kepada topik deko dan pewangi rumah tadi. Bahan yang diperlukan cuma daun pandan dan bunga kemboja putih sahaja.


Daun pandan hidup subur di belakang rumah (rumah jiran bukan rumah ibu)


Potong sedikit daun pandang di bahagian atas, kemudian belah daunnya (separuh sahaja, tidak perlu potong habis) kemudian susun dan masukkan dalam pasu. Lebihan yang dipotong bahagian atas tadi jangan dibuang, potong kecil-kecil dan masukkan dalam pasu. Letakkan bunga kemboja di bahagian atas. Siap!


Pandangan atas

Pasu kaca cantik ini adalah hadiah kenang-kenangan dari kawan sepejabat MIDA. Hadiah semasa majlis perpisahan 2006. Memori!

Biarkan sahaja di atas meja atau sudut yang sesuai sehingga kering. Mudahkan? Tidak perlu penjagaan yang rapi pun.

Selamat mencuba!

Comments

  1. Assalamualaikum puan, tetibe je rasa minat pd pokok kemboja putih.... keharumannya mengingatkan saya pd zaman sekolah rendah. Dgr kata, cara tanamannya hanya melalui cucuk ranting saja ke tanah? Bleh x kalo bleh puan kongsikan seranting dua utk saya yg baru berjinak2 menanam. Tk. Harap dpt maklum balas dr puan.https://m.facebook.com/saniza.sari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul puan, cuma perlu potong batang dahan sebesar lengan dan cucuk di tanah.

      Pohon kemboja putih harum baunya terutama waktu pagi dan petang.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.