Skip to main content

Kisah Seorang Ibu: Mencari Tadika


Seorang ibu berhenti sebentar di tadika, bertanyakan tentang kemasukan untuk persekolahan anaknya yang akan memasuki usia 5 tahun hadapan. Jawapan yang diterima tetap hampa. Sudah 3 tadika beliau bertanya. Ibu yang gigih tidak pernah putus asa, beliau berhenti di sebuah tadika lagi.

Ibu: Bolehkah saya daftarkan anak ke sekolah ini tahun hadapan?

Guru: Boleh puan, berapa usia anak puan?

Ibu: Lima tahun

Guru: Boleh puan hanya perlu isikan borang ini, lampirkan bersama salinan surat beranak anak dan wang pendaftaran RM50.

Ibu: Baik cuma anak saya lain sikit. Selepas diserang demam panas ketika bayi, anak saya mengalami gangguan saraf sebelah kiri badan. Anak saya tidak dapat mencuci air besar dan air kecil sendiri. Pergerakan tangan kirinya sangat terbatas.

Guru: Emmm.... jika begitu kami tidak dapat terima puan. Kami mohon maaf.

Ibu: Sudah banyak tadika saya pergi semua tidak mahu terima anak saya. Anak saya tidak ada masalah dengan perkembangannya. Menurut doktor anak saya tidak layak ke tadika khas.

Guru: Kami tiada masalah untuk menerima anak puan sekiranya dia dapat berdikari. Kami di sini mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan tidak ada pengasuh. Adakah puan bekerja?

Ibu: Tidak, saya surirumah. Baiklah jika begitu, terima kasih 

Ibu berlalu dengan hampa.

--------------------------------------------------------------------------------

Ibu adalah guru terbaik untuk anak. Usah risau jika anak tidak diterima belajar di tadika. Anak masih boleh diajar di rumah sendiri.

Mohon komen dan ulasan di ruangan di bawah.

Comments

  1. betul. saya pun setuju dengan pendapat itu. sistem sekolah cuma satu sistem mengikut polisi dan silibus yg kerajaan rasa sesuai. kalau kita boleh kaji apa yg perlu dan sesuai dgn anak2 kita, tak perlu hantar ke tadika.

    ReplyDelete
  2. if surirumah, lebih baik homeschool. tu pendapat aida kalau aida jadi si ibu tu dan mendpt feedback sebegitu dari tadika.

    ReplyDelete
  3. kat tadika kami, kami terima walaupun ada yg autistic. Kami cuba juga ajar yg mana kami boleh ajar. Yg lain2 yg normal pun ada kelemahan sendiri, jd semua pun perlu diberi perhatian. Utk kes ni, rasanay elok ibu tu ajar sendiri anak di rumah dan cari lg tadika yg sudi terima utk bg peluang anak tu bersosial.

    ReplyDelete
  4. Saya gembira dengan komen cik puan semua di sini. Saya sangat suka!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.