Nov 4, 2013

Selamat Tahun Baru 1435 Hijrah

Bismillah

Rupanya sudah lebih sebulan blog ini tiada entri baru. Menulis ini merupakan tabiat yang tidak boleh ditinggalkan, jika ditinggalkan ia menjadi tawar dan hampar. Walaupun sentiasa ada perkara yang hendak ditulis, ianya bakal hilang begitu sahaja jika tidak ditulis di buku nota.

Baru-baru ini ibu telah muat turun satu aplikasi mudah Evernote yang membantu ibu menulis idea di saat tiada talian internet. Apabila line internet diaktifkan cuma terus masukkan sahaja. Walaupun bunyinya seperti mudah, namun masih juga tidak dapat dilakukan seperti dirancang. 

Alhamdulillah hari ini ibu boleh linang bersama anak-anak di rumah. Tidak sabar untuk bercuti. InsyaaAllah ibu akan terlibat dengan kelas membaca dan Kem Tahfiz untuk anak-anak 4-6 tahun cuti sekolah ini sehingga 14 Disember. Selepas tarikh tersebut kami akan habiskan masa di kampung sehingga penghujung tahun 2013, jika diizinkan Allah.

Hari ini adalah hari terakhir di tahun 1434H, maghrib nanti akan masuk 1 Muharram 1435 Hijrah. Ibu ambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. InsyaaAllah tahun baru perubahan kepada yang lebih baik.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails