Skip to main content

Perlukah Anak Bijak Membaca Sebelum Masuk Darjah 1?

Pernah dengar katanya anak nak masuk darjah satu kena pandai membaca. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak pelajar yang masih belum dapat mengusai kemahiran membaca sebelum usia 7 tahun.

Apabila anak dapat menguasai kemahiran ini sebelum masuk sekolah, itu satu bonus. Namun jika tidak jangan murung ibu-ibu.

Anak perlukan waktu untuk menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira)

Ibu pernah kongsikan dalam entri ini, bagaimana anak sulung belum pandai membaca lagi sebulan nak buka sekolah, masuk darjah satu.

Kita boleh usaha, namun jangan paksa keterlaluan hingga menyebabkan anak hilang minat untuk belajar, lagi teruk apabila keyakinan diri mereka semakin menurun.

Memang betul, ada yang kata anak yang menguasai kemahiran membaca lebih mudah menguasai ilmu. Itu dulu kerana kebanyakan ilmu disampaikan melalui medium buku. Namun sekarang, banyak medium lain yang telah meendahului, terutama teknologi di hujung jari.

Tidak bermaksud ibu setuju anak dibiarkan menonton youtube sahaja. Pemilihan channel youtube yang sesuai sangat penting.

Baru-baru ini, anak ke-empat ibu ingin sangat tahu bagaimana sotong mengeluarkan dakwat hitam. Ini boleh dilihat lanjut dengan menonton youtube.



Apa yang lebih penting adalah membina keyakinan diri anak.

Apabila keyakinan diri tinggi, anak tidak takut untuk mencuba pelbagai perkara. Mendidik anak minat membaca adalah lebih utama dari pandai membaca.


Di sini pentingnya peranan ibu ayah dan pendidik, menyediakan persekitaran yang menjaga maruah dan jati diri anak.

Buku membaca yang dijual di pasaran hanyalah alat untuk membantu ibu ayah dan pendidik mendorong anak cepat baca. Hanyalah alat. Namun yang utama adalah tubuh batang anak itu sendiri.

Jumpa lagi.

Tinta Wan Anie
28 Jan 2019.

Comments

  1. lain kanak2 lain progressnya. dun worry ibu2 sekalian slowly but surely ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...