Hari ini bila ibu baca tentang jenayah remaja, banyak pihak yang mengaitkan secara langsung dengan institusi keluarga yang sudah hilang fungsi ( dysfunctional families) Konflik dalam keluarga, perceraian, tekanan, pengangguran, semuanya boleh menyebabkan kegagalan sebuah keluarga. Sekiranya ikatan kasih-sayang kuat di kalangan ahli keluarga, setiap ahli akan merasa diperlukan dan tidak akan keluar dari ikatan itu, bonding . Anak-anak yang kurang perhatian dan kasih sayang ini menunjukkan sikap agresif yang luar biasa seawal usia 5 atau 6 tahun. Ada kajian yang menunjukkan anak yang tersisih dari perhatian bapa juga terdorong untuk melakukan jenayah. Dalam satu institusi keluarga, peranan ibu dan bapa sama pentingnya, ibu mengajar anak-anak untuk menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan, belaian dan kelembutan ibu sudah tentu membuatkan anak-anak (juga bapa) sentiasa ingin berdampingan dengannya, bapa mengajar anak-anak kepatuhan atau dengan kata lain mengawal, dan audit segala b...