Skip to main content

Ibubapa Asyik Layari Internet, Bayi 3 Bulan Mati Kebuluran

Jika tidak salah pendengaran saya, inilah berita yang saya dengar menerusi Buletin Utama TV3 malam semalam 7/3. Duk asyik merulit-rulit Umar tidur teringat plak pasal berita ni. Memang menyedihkan bila melihat gambar bayi yang terlentang kaku tidak bernyawa. Adakah patut bayi seusia itu ditinggalkan di rumah sedangkan ibu dan bapa ke CC untuk berinternet bermain game membina keluarga dan membesarkan anak di Internet sedangkan anak sendiri di rumah mati kelaparan. Teringat pula saya pada peribahasa "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

Permainan maya memang meralitkan, boleh dianggap membuang masa dan berdosa pula jika menyebabkan lupa tanggungjawab. Nasib baik kejadian berlaku di China bukan di negara kita. Teringat zaman bujang dulu semasa baru bekerja, maklum saja Internet di depan mata main game saje kerja jika ada kelapangan. Dulu bukannya ada kesedaran sivik nak menambah ilmu mencari pengetahuan di Internet, buat sekadar yang diperlukan sahaja. Jika boss berpuas hati, that's it! Kepada yang masih muda atau perasan muda, isi masa di usia muda belia ini dengan perkara yang berfaedah. Cari ilmu sebanyak mungkin, bina potensi diri, buatlah sesuatu yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri.
Hidup kita ini biarlah ada sesuatu yang luar biasa, barulah meniti usia tua dengan nyaman, jika semua adalah biasa-biasa sahaja, mana nak ada ummphh nyer...  :)



Comments

  1. seksanya baby tu nak meninggal..nak mati kelaparan amik masa yang lama lak tu..kesian..teruk betul mak bapak dia..mcm lah takleh main game kat umah..

    ReplyDelete
  2. isk2 kenapa "ralit" sampai mcm tu sekali! tak patutnya mak bapak baby tu.

    ReplyDelete
  3. ga ya lam alif btol. menakutkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...