Nov 10, 2010

Peningkatan Jenayah di Kalangan Remaja berkait terus dengan Keluarga

Hari ini bila ibu baca tentang jenayah remaja, banyak pihak yang mengaitkan secara langsung dengan institusi keluarga yang sudah hilang fungsi (dysfunctional families)

Konflik dalam keluarga, perceraian, tekanan, pengangguran, semuanya boleh menyebabkan kegagalan sebuah keluarga. Sekiranya ikatan kasih-sayang kuat di kalangan ahli keluarga, setiap ahli akan merasa diperlukan dan tidak akan keluar dari ikatan itu, bonding.

Anak-anak yang kurang perhatian dan kasih sayang ini menunjukkan sikap agresif yang luar biasa seawal usia 5 atau 6 tahun. Ada kajian yang menunjukkan anak yang tersisih dari perhatian bapa juga terdorong untuk melakukan jenayah.

Dalam satu institusi keluarga, peranan ibu dan bapa sama pentingnya, ibu mengajar anak-anak untuk menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan, belaian dan kelembutan ibu sudah tentu membuatkan anak-anak (juga bapa) sentiasa ingin berdampingan dengannya, bapa mengajar anak-anak kepatuhan atau dengan kata lain mengawal, dan audit segala bentuk perlakuan yang bercanggah. Bukankah biasanya anak-anak akan dengar bila ayah cakap sekali berbanding ibu yang cakap berulang-ulang?

Bapa juga berperanan seperti pengawal keselamatan atau inspektor di rumah. Ibu dan anak-anak akan merasa lebih selamat bila ayah berada di rumah.

Kepatuhan kepada agama sangat penting di sini, bila mana seseorang itu tidak akan melakukan zina, merompak, mencuri dan sebagainya apabila iman (agamanya) dalam keadaan sempurna. Pengukuhan agama menjadi asas sekiranya tergelincir institusi keluarga, berlaku perceraian contohnya maka agama akan 'menjaga' anak-anak ini, InsyaAllah.

Perkahwinan adalah institusi yang paling penting, kerana dari perkahwinan bermulanya keluarga dan lahirnya anak-anak yang cemerlang. Sebab itu Islam mengesyorkan supaya kita mencari jodoh yang terbaik (sekufu dan baik agamanya) kerana dari sini bermula zuriat yang baik.

Sekadar berkongsi selepas ibu membaca artikel Truth behind youth crime

6 comments:

  1. sebenarnya keadaan sekrg ni dah sgt merisaukan kan kak?

    ReplyDelete
  2. Memang betul Nia, risau juga dibuatnya... bermula dari diri dan keluarga. Harap2 nya anak2 kita mendapat kasih sayang dan didikan sewajarnya supaya tidak terjerumus dlm lembah tidak sihat.

    ReplyDelete
  3. mmg peranan institusi keluarga sgt penting. semoga kita dpt mendidik anak2 menjd anak2 yg soleh.

    ReplyDelete
  4. semoga kita dapat & mampu mendidik anak2 & keluarga kita sebaiknya...


    kdg2 pergaulan rakan sebaya juga membuat anak2 mudah terikut2.. bukan nak mengata, ade gak anak pak aji pak iman yg terlibat dlm gejala yg kurang baik.. teringat lagi masa kakyong masih di sek men.. ustaz ni menangis sambl beri syarahan pada kami (di masjid kg).. katanya dia anngap tu dugaan utk dia, anak nya dididik & diasuh cukup ajaran agama.. pandai mengaji.. tp terlibat juga dgn dadah & mcm2.. tp doa ayah yg tdk pernah putus asa.. Alhamdulillah, anaknya dah pulang ke pangkal jalan.. menjadi aktivis masyarakat.

    hmmm, tak tau lah kita camana nanti.. mampu kah bila diuji .. jauh di sudut hati.. takut...

    ReplyDelete
  5. Kakyong,
    betul apa yg kakyong cakap tu, sebab perangai ni tak mampu diwarisi, walau ibubapa baik belum menjamin anak juga akan baik....

    bila kakyong cerita ni saya teringat wahyu yg Allah turunkan pada nabi kerana terlalu sedih bapa saudara baginda tidak masuk Islam, Allah beritahu "hidayah itu terletak di tangan Ku (ALLAH)", bukan di tangan Nabi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails