Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Guangzhou

Guangzhou

Ibu akan berangkat ke Guangzhou hari ini sehingga 14/11. Mohon doa kalian agar perjalanan ini dipermudahkan, berjumpa dengan barang yang ibu mahu dan mendapat idea bisnes yang baru. Selesai sahaja urusan penghantaran barang ibu akan segera pulang, pasti merindui keluarga tercinta di sini. Sekarang musim sejuk, suhu sekitar 15 - 21 Darjah Celcius, suhu sekitar ini juga ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Guangzhou Januari lepas. Ini adalah trip ke 3 ibu ke sana. Ibu belum berkemas semasa menulis entry ini, baru selesai listing barang, print map dan boarding pass. Jacket, extra socks, universal adapter, tidak boleh lupa. Musim sejuk tidak perlu bawa baju yang banyak, sebab boleh dipakai berulang :) jimat ruang bag sebab pergi ibu biasanya tidak amik luggage, hanya hand carry bag. Kambing panggang antara menu paling best di sana terutama di musim sejuk :) Trip bulan Jun di link ini Tengok sini untuk lihat apa yang menarik di Guangzhou?

Baru Pulang dari Guangzhou

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini, Alhamdulllah baru sahaja siap menulis entry untuk Trip Borong China dan Vietnam percuma, seperti kata Admin BBC; Saya Suka! Ini adalah trip ke-2 ibu ke Guangzhou, semuanya berjalan dengan baik cuma ada beberapa barang yang dipesan oleh keluarga terdekat tidak sempat ibu belikan. Mohon maaf kerana masa 4 hari terasa sangat singkat untuk membeli-belah. Kebanyakan kedai dibuka sekitar jam 10.30 ke 11 pagi menyebabkan masa ibu terbuang begitu sahaja di sebelah pagi kerana sebelum jam 9 ibu telah sampai di tempat memborong. Jika dahulu trip Januari jam 9 pagi kedai telah pun dibuka, tetapi agak menghampakan di bulan Jun ini. Nasib baik ada pemuzik jalanan yang menghiburkan dengan alunan muzik yang sungguh menyentuh hati. Kedai tutup jam 6 petang, urusniaga hanya di sebelah siang, kebanyakan tempat memborong ditutup pada malam hari kecuali tempat-tempat tertentu. Jam 6.30 petang lampu pasaraya, lif dan tangga bergerak dipadamkan. Pernah se...

Off to CAN again!

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk bernafas lagi hari ini, setiap hari satu lembaran baru diselak, usia kita seperti sebuah buku, sehari satu lembaran, kita sendiri tidak mengetahui mukasurat terakhir buku kita ini. Jika ditulis setiap helaian setiap hari, buku ibu sudah punya lebih dari 11000 mukasurat. Anda? Andaikan buku kita ini sebuah novel yang menarik, kisah hidup yang tidak jemu untuk dibaca dan ditelaah, situasi yang sama juga dalam hidup seharian kita, tidak mahu satu haripun dibuang begitu sahaja tanpa cerita yang menarik, kerana kisah ini yang akan kita pertontonkan kelak. Hari ini satu helaian yang menarik buat ibu sebuah cerita perjalanan yang akan menjadi sejarah dan kenangan suatu hari nanti InsyaAllah Semoga berjumpa di helaian dan episod seterusnya :-)

Kambing Panggang Terbaik Dari Ladang

Anda suka makan kambing? Ibu ni memang tolak batu dan kayu jer kut... semua makan, rugi kalau tak merasa semua makanan yang ada di sekeliling kita ni kecuali yang haram. Jika di Malaysia memang sukar nak jumpa peniaga jual kambing panggang tepi jalan macam jual sate, jika nak makan kambing panggang kena lah pergi ke restoran yang berkenaan dengan harga yang agak mahal atau buat sendiri. Kambing panggang banyak dijual di Guangzhou dan kebanyakan yang menjualnya adalah peniaga Muslim. Memang heaven bila dapat merasa kambing panggang di sini, ironinya tidak ada pula masalah sakit kepala atau panas badan bila makan daging kambing ni. Daging yang fresh dibakar dan diletakkan sos semasa proses panggang dilakukan, memang sangat sedap entah spice apa yang diletakkan nampak macam serbuk cili sahaja. Lembut pula dagingnya, jika di Malaysia daging kambing biasanya agak liat sedikit.   Membakar dengan memakai jaket, jika di Malaysia agak kurang tabiat begini, hehe.....  Ini pul...