Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini, Alhamdulllah baru sahaja siap menulis entry untuk Trip Borong China dan Vietnam percuma, seperti kata Admin BBC; Saya Suka!
Ini adalah trip ke-2 ibu ke Guangzhou, semuanya berjalan dengan baik cuma ada beberapa barang yang dipesan oleh keluarga terdekat tidak sempat ibu belikan. Mohon maaf kerana masa 4 hari terasa sangat singkat untuk membeli-belah.
Kebanyakan kedai dibuka sekitar jam 10.30 ke 11 pagi menyebabkan masa ibu terbuang begitu sahaja di sebelah pagi kerana sebelum jam 9 ibu telah sampai di tempat memborong. Jika dahulu trip Januari jam 9 pagi kedai telah pun dibuka, tetapi agak menghampakan di bulan Jun ini. Nasib baik ada pemuzik jalanan yang menghiburkan dengan alunan muzik yang sungguh menyentuh hati.
Kedai tutup jam 6 petang, urusniaga hanya di sebelah siang, kebanyakan tempat memborong ditutup pada malam hari kecuali tempat-tempat tertentu. Jam 6.30 petang lampu pasaraya, lif dan tangga bergerak dipadamkan. Pernah sehari kami terlewat pulang turun ikut lif angkut barang.
Cuaca di Guangzhou sekarang lebih kurang sama sahaja dengan Malaysia, tetapi ramai yang mengeluh panas, mereka hairan bila melihat ibu yang bertudung dengan seluar panjang dan pakaian berlengan panjang. Tidak panaskah? Tanya penjual yang ibu temui.
Rata-rata wanita mereka bert-shirt dan seluar pendek, jika berseluar panjang punya lubang-lubang angin. Peniaga buah-buahan jalanan juga menarik perhatian ibu. Jika dulu ibu sempat beli strawberry, tapi kali ini sempat merasa buah-buah berry yang manis.
Sehingga berjumpa lagi, bersambung....
Salam perkenalan :-) Singgah sini dari blog BabyIbu...Saje nak komen sebab terliur tengok buah2 kat pic yang last tu..hehehe..especially buah ceri tu..
ReplyDeleteSalam kenal juga utk Coffe Mama,
ReplyDeleteterliur ke? Kat Malaysia ni susah nak cari buah cherry dan berry macam ni.... apalagi peniaga jalanan yg jual...
sana mangga dan manggis pun ada tau tapi harganya agak mahal... x sempat nak snap picture...
jom ke Guangzhou...!