Ibu bersyukur terpilih menyertai Bengkel Mendorong Pelajar Corot dan sekarang telah menjadi alumni kumpulan khas di facebook. Banyak ilmu baru yang ibu pelajari di sana. Mendidik anak-anak di tadika merupakan pengalaman baru yang mencabar bagi ibu. Mengajar anak-anak yang ramai di tadika tidak sama seperti mengajar 3 anak di rumah. Pelbagai peel dan karenah yang kadang-kadang sangat menguji kesabaran. Namun ditekadkan hati dan semangat demi anak-anak bangsa, mendidik bukanlah kerja singkat, ianya suatu proses yang lama. Mengendalikan anak-anak yang hiperaktif, gemar bermain, lasak dan tidak suka berada di dalam kelas. Ibu akui masih belum dapat menggunakan sepenuhnya teknik mendorong gaya Nabi dalam keadaan tertentu yang sukar dikawal. Ini kisah seorang anak di tadika yang suka buat hal sendiri, guru-guru lain beritahu ibu anak ini perlu dipujuk-pujuk untuk buat kerja di dalam kelas dan ketika menjawab ujian. Bila ditegur atau dimarah terus keluar kelas, tidak masuk-masuk (...