Petang tadi sewaktu saya mencari-cari gambar-gambar lama hakim sewaktu kecil, saya teringat satu cd yang saya burn dipenuhi dengan gambar-gambar hakim, emm memang banyak betul gambar hakim sewaktu kecil. Saya perhatikan iras wajah hakim dan umar hampir sama sahaja. Jika anda tidak percaya cuba tengok gambar ini.
umar
Mesti ada yang menyangka dua wajah ini milik orang yang sama, sebenarnya inilah wajah 2 beradik yang hampir sama iras wajahnya. Gambar hakim di atas diambil ketika hakim berusia 4 bulan dan gambar umar di bawah ketika usianya 3 bulan. Tidak dinafikan wajah Hakim lebih tembam jika dibandingkan dengan umar kerana hakim dulu dilahirkan dengan berat 4.32kg. Semasa usia hakim 2 bulan beratnya sudah mencecah 6.4kg, sama berat dengan umar ketika 3 bln, umar lahir dengan berat 3.15kg.
Gambar di bawah ini pula adalah gambar umar selepas beberapa jam dilahirkan, manakala aiesyah pula selepas sehari dilahirkan. Puas saya mencari gambar hakim tetapi tidak jumpa yang ada cuma hardcopy sahaja, softcopy tiada dalam simpanan. Gambar hakim yang ada setelah berumur 2 bulan.
hakim

aiesyah
hakim - 2 bulan
Comments
Post a Comment