Oct 30, 2009

Keropok Anyone?



Saya pasti ramai di antara kita ni memang suka makan keropok ikan, terutama yang asli daripada Terengganu. Rasa ikan begitu asli, mmmm rangup pulak tu kembang semangkuk bila digoreng... kitorang ni memang suka makan keropok ni buat macam makanan ringan, makan sambil tengok tv, sambil jalan2 dalm kete tu... duk krup krap krup krap kunyah mende alah ni. Selain tu, sedap tau makan keropok ni bila time berkelah, tak kira lah kat tepi air terjun ke, tepi kolam ke, tepi pantai ke. Anak-anak memang suka benar dengan keropok... jimat sket ibu tak payah susah-susah beli makanan ringan kat luar tu, beli "kepok" dan goreng aje. Selalu saya goreng memang paling kurang 3 bekas termasuk tin biskut yang kosong... tak sampai seminggu dah habis ;-)


tengok la ni baru bangun tido da sibuk nak makan kepok

Bila balik kampung memang saya akan pastikan kami pergi mencari keropok untuk di bawa balik ke rumah, banyak saya beli paling2 kurang 5kg, tapi selalunya dalam 10-15kg termasuk kiriman kawan2 dan jiran setempat. Ada lagi yang nak? bagitau jer...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails