Skip to main content

Penyakit Kudis Buta


ni lah dia rupabentuk hama scarbies tu

Saya nak berkongsi dengan anda tentang penyakit kudis buta ini kerana anak saya sedang menghadapinya sekarang, memang kesian sebab kudis buta ini menyebabkan gatal-gatal. Saya cuba mencari seberapa banyak info tentang penyakit kudis buta ini, bagaimana mencegah dan merawatnya.


Penyakit Kudis Buta atau Scabies adalah disebabkan oleh sejenis hama Sarcoptes scabie, hama scarbies betina akan masuk ke dalam kulit dan bertelur serta meninggalkan bahan buangannya aka najis. Ini yang menyebabkan alergi dan gatal-gatal pada kulit. Scabies betina ini boleh mengeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula. Hama ni suka tempat yang sejuk, selalunya dia membiak di celah-celah jari, bawah ketiak, siku dan sebagainya.

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan kulit atau menyentuh pakaian atau cadar, bantal, selimut orang yang dijangkiti. Seeloknya asingkan tempat tidur anak yang mempunyai penyakit kudis buta ini, pakaian, cadar, selimut perlu diasingkan juga, maksudnya jangan berkongsi dengan anak-anak yang lain. Pakaian anak yang dijangkiti hama perlu dibasuh dan direbus dengan air mendidih, bantal dan tilam perlu dijemur di bawah terik matahari. Selalunya bila ke klinik, kita akan diberi ubat sapu untuk menghilangkan gatal dan sapuan untuk membunuh hama ini.

Bila dah baca info ni rasa macam seram pun ada... emm saya akan buat yang terbaik untuk pastikan kutu-kutu hama ni tidak menyerang lagi... harap-harap lah.

* Saya mendapat info ini daripada pembacaan saya sendiri, taknak ah letak gambar kudis buta tu nanti ada yang tak lalu nak makan plak ;-(

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...