Skip to main content

Aiesyah Diaperless


Aiesyah anak kami yang ke-2 sungguh petah bercakap dan menyanyi, anak inilah satunya ratu hati dalam keluarga kami selepas ibu. Hari ini genap usia Aiesyah 2 tahun 5 bulan dan Aiesyah sudah tidak pakai diapers lagi. Sudah lama juga saya berusaha untuk mendiaperlesskan (perkataan apa tu?) Aiesyah ni semenjak mulutnya yang cho-cha riuh rendah itu. Semuanya mahu dilakukan sendiri seperti pakai baju, butang baju, makan, sikat rambut, basuh pee dan poo pendek kata semua nak buat sendiri, ini satu petanda yang baik bahawa Aiesyah adalah anak yang sangat berdikari.

Alang-alang anak nak buat sendiri ibu biarkan ajer lah.... Alhamdulillah semua dilakukan dengan jayanya kecuali lepas pee dan poo tu ibu buat dulu lepas tu baru dia buat sendiri. Hendak mengajar anak ke tandas sebenarnya bukan suatu kerja yang mudah jika anak dan ibu belum bersedia untuk melakukannya. Saya bertekad untuk toilet train Aiesyah pada beberapa minggu yang lepas dengan tidak memakaikan CD langsung kepadanya, ibu cakap "Diapers ini baby Umar yang punya... Aiesyah dah besar kena pergi toilet nanti nak pergi sekolah kan?" Setiap kali selepas mandi Aiesyah akan mengulang skrip yang saya cakap di atas dan tidak mahu dipakaikan CD, sebab bila pakai CD dia akan pee di dalam CD itu dan ibu sudah tidak tahan dengan bau hancing CD apabila membasuhnya
Usaha saya berhasil dan kini Aiesyah sendiri sudah tidak mahu dipakaikan CD lagi, sekarang dia selalu terkejar-kejar ke toilet apabila terasa hendk membuang. Nampaknya toilet train Aiesyah lebih mudah dibandingkan dengan Hakim dulu. Tercicir tu biasalah tapi tidaklah sekerap Hakim huhu, cuma di waktu malam aje yang kadang2 kena dilapikkan alas plastik sekarang pula musim hujan kadang-kadang Hakim un tercicir jugak sebelum sempat berkejar ke toilet.
Jangan menganggap kerana saya sepenuhnya berada di rumah jadi senang untuk toilet train anak ... mm silap tu, saya mula melakukannya apabila abah juga ada di rumah, saya juga tidak sempat untuk melakukan sendirian. Jika tiba-tiba Aiesyah merungut nak poo sedangkan saya sedang menyusukan baby Umar huru-hara haru-biru juga saya dibuatnya.
Kepada anda yang berusaha untuk potty train anak, selamat mencuba dan berjaya lah hendaknya. Apa yang penting... kesungguhan! (nyanyi ala Wonderpet gitu)


Comments

  1. salam, itulah dia bukan senang duk rumah kan,

    saya anak yg sulung Hakim umur 4 tahun baru sepenuhnya pandai buat sendiri pegi toilet..kena byk sabar.. part huru hara tu mana2 ibu pn sama juga

    ReplyDelete
  2. good girl aiesyah...senang keje ibu..nant tolon ibu kt dapur lak ye..he3

    ReplyDelete
  3. masayu: sama ek nama anak kita yg sulong...
    rosma: sekarang pun tolong gak ibu kat dapur... tolong sepahkan! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.