Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ::CHILDRENS

Perkara Positif Yang Ibu Boleh Lakukan Ketika Mandikan Anak

"Hakim pergi mandi" suruhan ibu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hakim tetap diam tidak bergerak, selesa dengan berpeluk tubuh sahaja di sofa. "Hakim pergi lah mandi, nanti lewat ke sekolah!" Nada suara ibu semakin meninggi, tapi Hakim langsung tidak mengendahkan. Melihatkan itu, ibu merendahkan sedikit suara seraya bertanya "Hakim nak pergi sekolah tak? Nanti lewat abah tinggal" "Hakim nak ibu mandikan" kata Hakim dengan nada sedikit manja (ada sedikit mengada di situ ;) ) Pernah tak situasi begini berlaku? Walau sudah 6 tahun, masih mahu ibu jirus dan mandikan. Daripada kita membazir tenaga dan suara bila marah (nanti datang pulak stress) baik kita ajak jer anak mandi dengan cara baik, dan gunakan masa mandikan anak itu dengan perkara positif seperti berikut; 1. Semasa membuka pakaian anak, tundukkan sedikit badan (sebaiknya melutut) biar mata ibu dan anak searas, dan sebutkan perkara-perkara yang baik tentang anak. Contohnya...

Peraturan Bila Anak Bermain Playground

Malam tadi, ibu ajak abah ke Mydin sebab nak cari sedikit barang keperluan termasuk barang ini.... Perjalanan balik kami singgah ke satu restoran yang agak besar di sini, makanan boleh tahan dan ada mini playground untuk anak-anak bermain. Bila namanya anak-anak, nampak sahaja playground mesti nak main. Sebab ramai anak-anak yang sedang bermain (dalam 3-4 macam tu) jadi Hakim dan Aiesyah terpaksa menunggu giliran mereka bermain di satu sudut. Anak-anak ibu bukan jenis yang suka berebut untuk dapatkan sesuatu yang bukan hak mereka (kecuali lah jika barang mainan mereka dirampas) masih malu-malu di situ. Permainan yang ada cuma 2 buaian kecil yang sesuai untuk 1- 4 tahun dan 1 jongkang-jongkit plastik, kami beritahu Hakim untuk tidak bermain sebab dia sudah besar dan hanya sesuai untuk Aiesyah dan yang sebaya dengannya. Alhamdulillah Hakim faham dan tidak bermain pun cuma menemani Aiesyah mendapatkan giliran bermain. Ibubapa kepada 2 orang anak kecil yang tengah bermain buaian pu...

Peningkatan Jenayah di Kalangan Remaja berkait terus dengan Keluarga

Hari ini bila ibu baca tentang jenayah remaja, banyak pihak yang mengaitkan secara langsung dengan institusi keluarga yang sudah hilang fungsi ( dysfunctional families) Konflik dalam keluarga, perceraian, tekanan, pengangguran, semuanya boleh menyebabkan kegagalan sebuah keluarga. Sekiranya ikatan kasih-sayang kuat di kalangan ahli keluarga, setiap ahli akan merasa diperlukan dan tidak akan keluar dari ikatan itu, bonding . Anak-anak yang kurang perhatian dan kasih sayang ini menunjukkan sikap agresif yang luar biasa seawal usia 5 atau 6 tahun. Ada kajian yang menunjukkan anak yang tersisih dari perhatian bapa juga terdorong untuk melakukan jenayah. Dalam satu institusi keluarga, peranan ibu dan bapa sama pentingnya, ibu mengajar anak-anak untuk menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan, belaian dan kelembutan ibu sudah tentu membuatkan anak-anak (juga bapa) sentiasa ingin berdampingan dengannya, bapa mengajar anak-anak kepatuhan atau dengan kata lain mengawal, dan audit segala b...

Bila Anak Sudah Besar

Cabaran sebagai ibubapa semakin bertambah bila anak semakin membesar, betul atau tidak kenalah tanya kawan-kawan atau kakak-kakak yang sudah punya anak yang meningkat remaja, atau tunggu anak-anak membesar. Pemikiran anak-anak semakin berkembang dan biasanya semakin kompleks. Si Hakim sekarang sudah malu-malu bila sebut perkataan love, love awek katanya. Amboi anak ibu kemain yer sekarang sudah pandai sebut awek-awek. Tadi sebelum hakim ke sekolah (semalam sebenarnya), macam biasa kami bersalaman, hakim akan cium tangan dan kiss 2 pipi dan dahi ibu, bila ibu peluk hakim ibu saja lah cakap 'I love U' nak tengok reaksi hakim, eh malu-malu pulak, apa lah ibu ni katanya. Mungkin sebelum ini ibu hanya gunakan perkataan sayang, tidak menggunakan love padahal maksudnya sama. Bila anak semakin membesar, lebih banyak soalan kompleks yang mereka tanya, lebih banyak perkara yang mereka fikirkan. Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya, "Ajar...

Keluarga Fitrah

Apa khabar anda semua pagi ni? Ibu doakan semuanya berada dalam keadaan yang sangat baik dengan tugas masing-masing. Semalam ibu ada dengar perkongsian wacana ilmu tentang Keluarga Fitrah dalam slot Keluarga Sakinah di IKIM.fm, apa yang dimaksudkan dengan keluarga fitrah ni? Keluarga kembali kepada perkara yang baik, yang suci, yang fitrah... bukankah setiap bayi yang lahir adalah fitrah... maksudnya suci dan bersih. Topik yang dikendalikan oleh Prof Dato' Dr Sidek Baba ini banyak menyentuh tentang peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Antara yang disentuh ialah masa bersama dengan anak-anak. Ibubapa yang bekerja apabila pulang, luangkan masa dengan anak, sampai sahaja di rumah peluk dan cium anak, tanya perkembangan anak hari tu. Anak sentiasa menunggu kepulangan ibubapanya kerana banyak benda yang ingin diceritakan oleh mereka banyak perkara yang ingin diluahkan oleh mereka. Jika makan, maka makan bersama-sama anak-anak (gunakan masa makan dengan berkualiti, bercakap...

Bagaimana Mengajar Anak Kidal Guna Tangan Kanan

Bismillah Selamat pagi Isnin, semoga minggu ni kita boleh bekerja dengan lebih produktif. Anak yang kidal boleh diajar menggunakan tangan kanan atau tidak. Jawapannya sudah tentu boleh kan? Sebab setiap benda boleh dilatih apalagi jika anak masih kecil kan? Cakk.... peace Aiesyah anak ibu yang kidal, banyak perkara yang dilakukan dengan tangan kiri. Ibu memang selalu duk perhatikan terutama time makan, sebab tak mahu dia terbiasa dengan kiri. Sekarang Aiesyah semakin pandai makan guna tangan kanan, tapi jika makan dengan sudu, memang nampak berbeza caranya. Kalau menulis dan mewarna memang kiri, jika ibu minta guna tangan kanan, dia pegang color pencil dengan tangan kanan sambil tulis yang bukan-bukan dan cakap "haa... aiesyah tak reti" sambil buat muka. Ok lah sayang tidak kisahlah nak guna tangan manapun tapi makan kena guna tangan kanan, ok! Aiesyah dengan lukisannya, hakim lukis bunga dan kapal Bila melakukan aktiviti starfall.com pegang mouse juga adakalanya ...

Anak Sebagai Kaunselor

Bismillah Sebenarnya ibu sedikit risau nak ceritakan ni, sebab ibu seolah menunjukkan kelemahan diri sendiri. Ibu ni seorang yang beremosi dan kadang-kadang sukar mengawal amarah. Itu diri ibu yang dulu tapi Alhamdulillah berkat beberapa amalan dan kaunselor terdekat ibu menjadi lebih tenang sekarang. Sehinggakan ketika ibu baru berkahwin dahulu, mak ibu pernah bagitau ibu "Suami ani mesti penyabar dapat isteri macam ani ni" Sebab hanya ibu yang lebih tahu dan faham anak mereka kan? Saya tidak kisah lah sebab itu diri saya yang dahulu, azam saya menjadi seorang yang lebih penyabar dan sentiasa tenang dimakbulkan Tuhan, bukan ibu yang buat penilaian sendiri tapi partner ibu yang cakap "Ani telah berubah banyak..... sangat!" Alhamdulillah hanya itu yang mampu ibu ucapkan. Ini kisah beberapa hari yang lalu, kami berada dalam kereta dan ibu mendapat khabar yang kurang enak lalu menunjukkan emosi geram, terlupa pula anak-anak memerhatikan gerak laku kita. Hanya sek...

Cakap Anak 3 Tahun : Fakta ke Auta?

Anak yang berusia lingkungan 3 tahun memang banyak ceritanya, dari A sehingga Z tidak kira di mana sahaja.... Cerita yang bersambung-sambung, ntah bila nak habis :D Bila ibu tanya kenapa bila tengok anak ada kesan di dahi, maka dengan yakin dan bersungguh anak beritahu kawannya tolak, sampai jatuh longkang, bila di hari yang lain anak akan cakap cikgu dia pukul :P bila ditanya pada cikgunya jawapan cikgu adalah anak kita jatuh sendiri an berhad . Bila ibu tengok alas meja makan ibu sudah jadi rambu-ramba kena gunting oleh si anak yang kreatif (nampak lebih cantik dengan rambu ramba tu..) anak akan bagitau abangnya yang gunting, sedangkan masa tu anak itu yang pegang gunting dan abangnya tiada di rumah. Memori anak-anak sangat kuat, setiap apa yang berlaku, yang mereka tengok yang mereka dengar semuanya dijalin gabung menjadi satu cerita yang menarik. Daripada pembacaan ibu, anak lingkungan usia ini mempunyai imaginasi yang tinggi. Ini bukanah bererti setiap tutur kata anak ada...

Anak Mengajar Sabar

Assalamualaiku dan selamat pagi Isnin semua, selamat bekerja semoga minggu ini lebih baik daripada minggu sebelumnya. Hari ni nak sentuh sikit tentang anak-anak yang banyak menguji kesabaran ibubapa. Mak ibu pernah beritahu ibu dulu, jika nak tahu sabar ke tidak seorang tu tunggu dan tengok bila dia ada anak nanti. Memang betul pun, jaga anak orang lain tidak sama dengan anak sendiri. Jaga anak sendiri memang sedikit sebanyak menguji kesabaran kita. Anak-anak ni bila dengan orang lain elok jer dengar segala arahan tapi bila dengan ibubapa depa adalah lenggok-lenggoknya nakkan perhatian dan kasih sayang yang tidak akan sama jika depa bersama orang lain. Teringat semalam sewaktu ibu beli sedikit lauk untuk keluarga, kakak yang jual lauk tu tak habis-habis duk membebel pada anak perempuannya berusia 8 tahun sebab tak dengar cakap, asyik main saja. Apalah yang anak 8 tahun akan buat bila ada masa lapang di cuti sekolah kecuali bermain. Saya agak terkilan juga bila kakak tu berkata be...

3 Tahun Hafal 30 Surah

Siapa sangka anak usia 3 tahun sudah mampu menghafal 30 surah. Mungkin ini adalah anugerah tapi ini juga memerlukan usaha dan kesungguhan. Tahniah ibu Darwisya! KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran. BIJAK...Darwisya Adriana (kiri) mengajar Darwish Adrian mengaji.  Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat. Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek. Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri ...

Bila Besar Nak Jadi Apa?

Perlukah ibubapa meletakkan satu cita-cita untuk anak-anak mereka capai? Bagi saya perlu sebab kita perlu letakkan satu penanda aras pencapaian anak-anak. Ini bukan bermaksud kita ingin memaksa atau menekan anak supaya mencapainya tapi penanda aras penting untuk diletakkan suatu matlamat. Jika kita hendak anak menjadi cendekiawan kelak, mungkin kita letakkan penanda aras PHD sebagai capaian akademik tertinggi yang anak perlu capai, atau jika hendak anak menjadi tahfiz, maka sekolah dan universiti tahfiz mana yang terbaik perlu anak belajar. Begitu juga jika inginkan anak menjadi ahli sukan yang hebat. Selepas diletakkan matlamat, maka perlu dirangka pelaksanaannya. Jika matlamat untuk anak khatam Quran seawal usia 6 tahun, sudah tentu tidak mustahil dengan didikan seawal usia anak belajar bercakap sudah diajarkan Iqra'. Saya percaya anak-anak yang hebat lahir dari ibubapa yang hebat, tidak semestinya hebat dari segi fizikal dan material tapi hebat dari segi cara mendidik anak....

Teknik Memuji Berkesan

Manusia memang mudah nakpak keburukan dari kebaikan yang ditunjukkan seseorang. Ibubapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak berbanding memuji kebaikan yang mereka lakukan. Suami isteri boleh bermasam muka kerana sedikit kesilapan, hingga terlupa nak menghitung beribu kebaikan yang dicurahkan selama ini. Jika mahu lahirkan insan cemerlang, tidak kira anak, rakan mahupun pekerja maka perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara nak suburkan kebaikan adalah dengan memuji supaya mereka merasa sernok dan mengulangi kebaikan tersebut. Memarahi seseorang tidak perlukan kemahiran, tapi untuk memuji perlu kemahiran. Bagaimana cara memuji yang meninggalkan kesan kepada anak dan membuatkan mereka mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu! Segerakan Pujian - Segera memuji semasa kebaikan itu dilakukan. Kalu lihat anak bersusah memegang penyapu dan menguis nasi yang diteraburkan mereka sendiri "Ha... macam ni l...

Bagaimana Menghasilkan Genetik Yang Baik

Anak yang baik, soleh dan taat menjadi idaman setiap ibubapa. Terdapat banyak faktor yang memperngaruhi genetik anak yang baik, saya kongsikan 3 yang penting; Sifat dan Moral Ibubapa Islam sangat menganjurkan kita mencari pasangan hidup yang tinggi akhlak dan iman di dada, ini bagi memastikan zuriat baik yang dihasilkan. Orang-orang tua dahulu sangat mengambil berat soal pemilihan jodoh anak mereka supaya keturunan mereka terjaga. Sesetengah pakar menganjurkan supaya tidak mengahwini anak yang lahir daripada penzinaan kecuali ibubapanya sudah bertaubat. Ini kerana, diragukan genetik yang diwarisi daripada ibu atau bapa mewujudkan kecenderungan seks yang diharamkan di dalam diri anak itu apabila dewasa kelak. Hubungan Seks Ibubapa Hubungan seks suami isteri sangat memainkan peranan untuk menghasilkan genetik yang baik. Oleh itu ajaran Islam misalnya, menggariskan tatacara dan tertib tertentu yang mulia dan penuh dengan kehormatan semasa menjalinkan hubungan seks antara suami ister...

Potty Training: Is My Toddler Ready?

Potty training is the skill that our child must learn, there are other skills and abilities that must be in place before learning can begin Ramai ibu yang berkata "Susah la nak ajar anak ke toilet, tak larat nak cuci kalau asyik terbabas aja". Seperti yang saya ceritakan tentang Aiesyah diaperless sebelum ini di entry ini , ibu dan anak mesti bersedia untuk proses Potty Training. Ibu perlu sentiasa bersedia dengan situasi seperti di atas jika anak bersedia kerana mustahil untuk anak kecil yang baru hendak belajar terus sempurna seperti anak kecil yang hendak belajar berjalan mustahil tidak akan jatuh. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anak kita telah bersedia untuk proses Potty Training? 1. Anak tahu bila waktu dia hendak melepaskan hajat; Aiesyah akan bagitau saya bahawa diapersnya bocor setiap kali dia pee kerana berasa basah dan tidak selesa. Ada anak yang tidak duduk diam, bersembunyi dan sebagainya. 2. Anak suka berdikari, mudah membuka diapers dan seluar mereka sen...

Aiesyah Diaperless

Aiesyah anak kami yang ke-2 sungguh petah bercakap dan menyanyi, anak inilah satunya ratu hati dalam keluarga kami selepas ibu . Hari ini genap usia Aiesyah 2 tahun 5 bulan dan Aiesyah sudah tidak pakai diapers lagi. Sudah lama juga saya berusaha untuk mendiaperlesskan (perkataan apa tu?) Aiesyah ni semenjak mulutnya yang cho-cha riuh rendah itu. Semuanya mahu dilakukan sendiri seperti pakai baju, butang baju, makan, sikat rambut, basuh pee dan poo pendek kata semua nak buat sendiri, ini satu petanda yang baik bahawa Aiesyah adalah anak yang sangat berdikari. Alang-alang anak nak buat sendiri ibu biarkan ajer lah.... Alhamdulillah semua dilakukan dengan jayanya kecuali lepas pee dan poo tu ibu buat dulu lepas tu baru dia buat sendiri. Hendak mengajar anak ke tandas sebenarnya bukan suatu kerja yang mudah jika anak dan ibu belum bersedia untuk melakukannya. Saya bertekad untuk toilet train Aiesyah pada beberapa minggu yang lepas dengan tidak memakaikan CD langsung kepadanya, ibu cak...