Skip to main content

Badminton, scateboard, basikal


Sudah lama benar saya tidak beriadah, agak-agak dah beku dah otot-ototku ini. Petang semalam saya nekad untuk menjalankan sedikit aktiviti pengeluaran keringat peluh. Apabila terdengar saja deruman kereta abah Hakim balik dari kerja, saya terus bersiap-siap nak beraktiviti, Hakim dan Aiesyah memang teruja sangat pantang bila pagar rumah dibuka terus melulu keluar berjumpa kawin kawan-kawannya (Aiesyah cakap kawan tu kawin, dulu Hakim pun sama). Hakim pula suka sangat bila tengok kawannya bermain scateboard dan minta dibelikan, Hakim tak tahu sebut pun dia cakap itu itu aje. Kebetulan dalam stor rumah kami ni ada tersimpan scateboard (wahh siapakah?) lama yang masih elok dan boleh digunakan. Memang "no" lah jika kami kena belikan Hakim scateboard buat masa sekarang ni takbole

Dalam simpanan kami itu bukanlah scateboard, tapi seolah-olah scateboard lah juga ada tayar dan ada pemegang (saya tak tahu apa nama mende alah ni) kalau main lebih confident sebab ada pemegang kan? Yelah baru nak belajar main mende tu kan, dia tak pijak pun, asyik gelek heret saja macam mula-mula dapat basikal dulu. Lama-lama ok lah tu. Aiesyah pula teringin nak naik basikal walaupun kaki tak berapa nak sampai , suka sangat tengok Hakim berbasikal la tu. Aiesyah lebih berani naik aje terus kayuh separuh (eh pandai la tu untuk anak 2 tahun lebih ni yang first time naik basikal kan?) cuma tak pandai nak arahkan steering ajer (steering ke?) dah syok-syok kayuh basikal, tertonggeng pulak dek tanah becak apalagi menangislah anak kecil itu, terus ibu amik mandikan sebab banyak sangat pasir sampai masuk dalam mulut.


Ibu dengan abah lawan main badminton sambil diperhatikan oleh baby Umar selaku pengadil. Main baru dalam setengah jam, tangan saya sudah lain macam otot sudah menegang dan terasa lenguh yang amat. Ini lah akibat jika lama sangat tidak beraktiviti seperti ini, rasa seronok pula. InsyaAllah jika petang cuaca elok kami akan teruskan aktiviti riadah ini, selain dapat cergaskan badan dan tingkatkan staminaku yang sudah lama beku sejak mengandungkan Umar dapat juga merapatkan ukhuwah kekeluargaan dan kejiranan.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...