Skip to main content

Edit Banner html code

Assalamualaikum;
Hari ni saya saja nak berkongsi, saya bukan lah pakar dan tidak lah pandai mana pun bab coding html ni... entry ini dipilih untuk membantu raka-rakan yang baru berjinak2 dalam dunia blog dan menggunakan khidmat banner percuma seperti mybannermaker.com dan lain-lain. Apa yang saya perhatikan ada di kalangan rakan-rakan yang tidak edit langsung selepas dapat banner code, ini menyebabkan .....


kesilapan apabila ada rakan blog yang lain copy dan paste kan code ini di blog mereka untuk exchange banner.
Banner ini kita buat untuk memudahkan viewer datang ke blog kita tetapi apa yang berlaku apabila viewer klik pada banner tersebut mereka akan pergi ke sebsite mybannermaker. Anda hanya perlu edit sedikit daripada code tersebut.
Code yang selepas href= perlu diganti dengan URL blog anda href="http://www.mybannermaker.com/
Code yang selepas atl= boleh di padamkan jika tiada keperluan.

Untuk ubah saiz banner anda perlu masukkan width ikut saiz yang anda mahu di antara img dan border
img width="120" height="100" border="0"

Saya akan berkongsi lagi di lain masa. Selamat Mencuba!
Jangan cuba copy html code di atas yer kerana itu hanya rekaan semata-mata.. hehe

Comments

  1. ok wan..skrg xd baner lg nti dah ada baru ambk pot. Skrg tgh buat readmore utk entry yg panjg tp xjadi..sekarang tgh pening nak wat semula..adoi..cuna tgk wan bole tlg x?

    ReplyDelete
  2. kinsyakrn, utk read more boleh tgk entry saya berkenaan blogger - new features post entry
    read more telah diganti dengan mudah menggunakan jump break.

    ReplyDelete
  3. salam.. nak tanya la.. mcmne nak set Home / My Online Store / My Twitter ? maksud saya, bila saya click di My Online Store, terus ke blog tersebut.. mcmne nak buat link tu? boleh ajar tak?

    ReplyDelete
  4. UmHariZahin, make sure blog template kita support menu bar atau navigation bar... kalu da ada tu senang.. just masukkan link dan namakan ajer...

    ReplyDelete
  5. saya punya dah ada menu bar, tapi nak link kan tu, tak tau nak buat mcmne..

    ReplyDelete
  6. umiharizahin, selalunya template yg ada menubar akan ada linkbar dalam layout... bole edit dan tambahkan link kita di situ, jika tak dpt maybe ada bende lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.