Skip to main content

Episod CD

koleksi CD - sorry bagi gambar yang belum cuci hihi

Episod CD kami bermula kira-kira 2 tahun yang lepas semasa Aiesyah anak ke-2 kami masih bayi. Bukan senang untuk membuat keputusan menggunakan CD pada waktu itu. Saya mula mengetahui perkataan 'CD' semasa membaca artikel daripada seorang forumer dalam satu forum, tidak banyak info yang saya dapat kerana forumer itu cuma bagitau dia menggunakan CD kerana kesedaran ttg alam sekitar. Saya Google Search what is CD? Ooooo... Cloth Diapers, kemudian Google Search lagi what is cloth diapers? Baru lah terpapar beberapa online store dan blog yang menceritakan tentang CD. Bila saya melihat dan mengkaji isi kandungan store berkenaan CD dan melihat harganya... terkezut ala-ala ke'monkey'an lah saya bila melihat harganya! Saya terus mencari dan mencari.... isk sini cakap fitted CD, sana pulak OS CD, situ pulak cakap AIO CD, apa ni? Kalu saya bertanya pada cik2 adik seperjuangan tempat kerja saya yang duk kat belakang saya masa tu agaknye (diorang ni sumer bujang-bujang lagi) mesti diorang bagi saya CD compact disc. Apalagi kalu bertanya dengan geng satu group kerja saya (diorang sumer lelaki bujang, ada yang dah kawin tapi macam bujang ajer..) Aduhai..... saya tak berputus asa.... muka semakin dekat dengan skrin sambil gosok mata sebab dah agak blur gitu kan. Kemudian tup tutup window pasal CD tu sekelip mata sebab boss datang... hehe. Jenuh pulak nak cari website tadi... ala boss ni!

Itulah serba sedikit cerita saya pasal CD dulu, internet di ofis tersangat best. Bila dah start searching something, saya mesti nak dapatkan info terbaik kalu tak memang tak puas hati. Sekarang ni memang beruntung, CD dah semakin popular, harga pun semakin murah sekarang. Dengan hanya RM100 dah boleh dapat 3 set CD including insert (beli pulak time promotion kan... memang berbaloi-baloi.............. Pn. Sarah ni pulak nak bagi FREE... alahai berbaloi-baloi-baloooiiii) Ini lah masanya jika anda belum lagi mencuba CD, jom guna sekarang pasti anda akan ketagih nak kumpul warna dan corak yang berbeza pulak nanti... macam saya!

Aiesyah suatu dulu

Umar sewaktu sekarang

Kami ada lebih 20 set CD di rumah ini, yang boleh dipakai dengan sempurna cuma 16/17 lai gitu, yang lain ada yang dah koyak, terbuka jahitan dan velcro ala-ala nak tercabut.... huhu. Koleksi CD AIO, OS, fitted sumer ada sebab saya suka mencuba macam-macam. Ala CD rosak tu jangan salah faham... dulu tak tahu sangat ttg penjagaan CD ni tu lah pasal, kebanyakan yg rosak yg jenis full cotton - sbb nak guna utk baby dan jenis ni lebih murah, lagipun dah 2 tahun lebih. Kebanyakan CD yang dijual sekarang, lebih murah dan berkualiti. Saya ingin menambah koleksi CD yang ada untuk 2 anak yang menggunakannya sekarang dan di rumah kami sekarang langsung tiada Disposable Diapers... apa yang saya perasan, tong sampah selalu kosong dan sampah yang dibuang setiap hari terlalu sedikit.

Agak-agak used CD ada ke orang nak beli... ala murah-murah jer.. hehe

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...