Skip to main content

Fikirlah Cara Positif



Setiap hari ada saja peristiwa yang berlaku kepada kita kan? Tidak kira lah samada peristiwa suatu yang manis atau pahit. Dalam kehidupan setiap insan, memang tidak lari dari menghadapi pahit maung dan kegagalan. Apabila berlaku suatu perkara yang dukacita maka kita akan bersedih, sebagai manusia kita ada hak untuk bersedih. Bersedih sekejap itu adat manusia tetapi

jika bersedih sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun itu sudah menjadi suatu kemurungan yang berpanjangan. Yang membezakan manusia itu seorang yang kuat atau lemah ialah bagaimana seseorang menghadapi kesedihan atau kemurungan. Manusia yang kuat akan segera bangun dari kekecewaan dan bangkit unuk mengharungi hidup ini.

Untuk bangun semula kita perlu tanamkan perkara-perkara positif dalam diri contohnya "Saya seorang yang kuat semangat!" atau "Mesti ada hikmah di sebalik perkara ini"


Mahu atau tidak untuk terus bangkit kita perlu mencari yang positif dalam diri, setiap yang berlaku itu telah berlalu, masakan dapat diputarkan masa. Pemikiran yang positif adalah tunjang kepada kejayaan hidup.

Belajar kadang-kadang gagal
Bercinta kadang-kadang kecewa
Mencari kerja, banyak cabarannya
Kerjaya kadang-kadang ada yang tak tercapai
Berniaga ada turun naiknya
Berkeluarga kadang-kadang ada masa tegangnya


Setiap kejayaan yang mendatang, pasti ada cabaran yang terselit dan perlu dilihat dengan PEMIKIRAN POSITIF


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.