Skip to main content

Idea Menulis


Kebelakangan ini idea saya untuk menulis mencurah-curah banyak benda yang saya nak kongsikan dan mungkin juga idea saya itu berguna untuk dikongsikan bersama. Walaupun banyak lagi kerja yang saya perlu siapkan. Semasa belajar dulu, tidak pernah terlintas pun di benak saya ini untuk tinggal di rumah dengan anak-anak. Saya ada cita-cita yang besar untuk menjadi jurutera hebat, adakah berbaloi penat lelah saya belajar susah-susah sebelum ini? Saya tidak pernah menyesal memilih kehidupan seperti sekarang, cuma saya masih belum puas dengan pencapaian saya dan belum pun menemui kejayaan hidup dalam erti kata yang sebenar.

Tiada sesiapapun memaksa dan menghalang setiap perkara yang saya lakukan, semua atas kehendak saya sendiri. Cabaran bekerja di rumah pernah saya ceritakan di sini.

Saya tidak pernah menyesal untuk berhenti kerja tapi saya menyesal kerana keputusan berhenti kerja untuk melakukan yang lebih baik belum lagi all-out, apa yang menghalang saya? Saya tidak pernah menyesal untuk berkerja sendiri tapi saya menyesal kerana masih belum mencapai apa yang saya mahu dalam bekerja sendiri.
Sekarang saya berada di rumah sepenuhnya kerana memberi tumpuan kepada anak-anak yang masih kecil, saya memberi kepercayaan sepenuhnya supaya partner serumah abang ler tu untuk buat yang terbaik demi masa depan kami. Biarlah saya berkorban sekarang ini walaupun dalam hati saya berkobar-kobar untuk melakukan pencapaian sendiri demi abang dan keluarga kami. Saya seorang yang sangat berdikari dan tidak sebenarnya jarang-jarang bergantung kepada orang lain.

Yang penting, hidup mesti ada cita-cita. Cita-cita lah yang akan menentukan hala tuju hidup dan memberi kita motivasi untuk bekerja dan berusaha.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.