Skip to main content

AIR, KEBERSIHAN & KECERDASAN

Bismillah..

Semalam satu hari suntuk rumah kami tiada bekalan air terus, air tangki tu adalah dengan air untuk bekalan minum. Pernah ketiadaan air sebelum ini sekejap aje, tapi semalam memang menguji sungguh sampai saya sudah ke tahap tiada kecerdasan. Kejadian disedari (ceh macam berita pulak) seawal pagi selepas saya mandi dan solat subuh, apabila masuk ke dapur perkara pertama yang dibuat bersihkan apa yang patut di sinki. Bila buka jer.. isk takde air (frust macam kena tinggal dek suami seminggu...) ruginya sebab saya dah siapkan basuhan di awal pagi (membasuh tidaklah rugi tapi terasa rugi air yang digunakan untuk basuhan apabila ketiadaan sumber air utama). Bila tiada air maka banyaklah projek terbengkalai, saya cuma masak nasi sahaja dan minta abang belikan lauk siap. CD yang belum dicuci, periuk yang perlu dibasuh terasa sangat tidak bersih dengan keadaan begini. Air minum juga terpaksa berjimat cermat untuk susu anak-anak, bila teringat nak minum saya minum dengan kuantiti yang lebih sedikit daripada biasa, terseksa batin jiwa raga.

Bila tidak cukup air badan terasa tidak sihat, dengan cuaca panas yang terik semalam lagilah terasa kesakitan di kepala. Harini hidung sudah berair (mata pun sama) dan terasa seperti nak demam (terasa sahaja, belum demam yer.... ibu mesti sentiasa sihat untuk anak-anak) Tadi Hakim datang dan tanya "Ibu marah ke? Ibu nangis ker?" Taklah ibu selsema sayang" "Emmm.. Hakim selsema juga" sambil menarik hingus yang takde pun... kat hidungnya. Tadi memang ibu marahkan Hakim sebab main barang-barang kerja ibu (ntah berapa setem telah terbelah dua.. )

Saya tersedar dari mimpi tidur apabila terdengar bunyi air (macam setahun tak jumpa air nih) di sinki lorr lupa tutup air di sinki rupanya (ni baru betul membazir, sebab saya ada terbaca yang paip yang terbuka walaupun tiada air keluar tetap berjalan bergerak meter air. Suka sangat bila air dah ada, lihat jam hampir pukul 12 malam, macamana lah jika saya terpaksa tinggal di negara yang kekurangan bekalan air, memang tidak dapat dibayangkan betapa merananya jiwa raga (merangkak dengan badan kurus kering mencari setitik air)

Hari ni genap umur Umar 6 bulan 2 minggu dan dengan rasminya.Umar sudah dapat merangkak dengan jayanya.



Comments

  1. Tak dok simpan air ke? lain kali kenala ada bekas tertutup utk simpan air. air utk emergency. kami selalu buat mcm tu sbb kat Kelana Jaya (dulu tiggal di KJ), pun kdg2 bekalan terputus juga.

    ReplyDelete
  2. kalau takda elektrik ok lagi kan, tapi kalau air takda,rasa mcm tak boleh nak buat apa...saya pon takda simpan bekalan air, tp so far tak pernah lg takda air, kena beringat jg ya, insyaAllah cuba simpan lepas ni..

    ReplyDelete
  3. itu lah kan.... utk kegunaan harian tu InsyaAllah cukup cuma utk minum ler sbb gunakan air filter direct dr paip

    di Hamilton takde gangguan air ke?

    ReplyDelete
  4. dugaan tul kan, xde air... serba serbi tak kena... wah, cepat gak ye, umar merangkak.. walaupun baru 6 bulan... iras akak dia .. :)

    ReplyDelete
  5. aah... walaupun badan agak bulat tapi Umar sangat lincah dan cergas, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. sama dgn anak saya..umo 6 bulan ++ dah merangkak dan sekarang sibuk nak panjat2 lak

    ReplyDelete
  7. MaMa Zura: mm... anak-anak sekarang cepat jer kan... Umar skang pun asyik nak berdiri jer... ntah bape kali jatuh tersembam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...