Skip to main content

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Minda Separa Sedar



HIDUP mesti BERANI UNTUK GAGAL! Definisi HIDUP BERANI UNTUK GAGAL mengikut penilaian individu, bagi saya setiap manusia perlu HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bukan bermaksud gagal dalam hidup tapi mesti berani menempuhi segala cabaran dan dugaan untuk terus hidup.
Semangat juang perlu ada bagi insan yang ingin berjaya dan mencapai kegemilangan di dalam hidupnya. Kenapa perlu mengalah sebelum berjuang? Saya belum lagi mengecapi kegemilangan dalam hidup seperti yang saya inginkan. Banyak perkara yang terbuku di hati, tidak pernah diluahkan kepada sesiapa hanya luahan dalam bentuk peta minda dan target kehidupan yang masih lagi belum menjadi kenyataan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL seakan sebati dengan jiwa saya. Jika tidak mencuba mana kan tahu berjaya atau gagal, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap apa yang dilakukan mestilah dengan bersungguh-sungguh.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bermula dengan perancangan hidup termasuk kewangan, keluarga, pendidikan, dan kerjaya. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Mungkin dahulu saya telah mensia-siakan peluang yang ada kerana waktu itu saya hidup hanya mengikut arus, tiada target dan perancangan masa depan. Hanya selepas bekerja sendiri saya baru nampak kelemahan dahulu. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL masa yang dahulu biarkan berlalu apa yang penting sekarang ialah perancangan dan pelaksanaan masa depan. Salah satu objektif contest ini adalah untuk meransang Minda Bawah Sedar aka Minda Separa Sedar untuk mengharungi hidup yang lebih mencabar.


Minda Separa Sedar atau Subconcious Mind banyak membantu untuk mencapai impian, orang yang berjaya banyak bermain dengan Minda Separa Sedar kerana Minda Separa Sedar ini yang menggerakkan Minda Sedar. Minda Separa Sedar seolah pita rakaman yang sentiasa berputar dan bermain di minda. Jika BERJAYA, HEBAT, LUAR BIASA yang dimainkan oleh pita Minda Separa Sedar maka hasil BERJAYA, HEBAT, LUAR BIASA yang dikeluarkan.
Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih tanpa perlu berfikir serta merekod pengalaman seumur hidup
Sebenarnya minda manusia memiliki 2 komponen yang berfungsi secara berasingan antara satu sama lain. Minda Separa Sedar berfungsi 90% daripada minda manusia berbanding hanya 10% Minda Sedar. Minda Separa Sedar bertugas secara terlatih, sama ada sedar atau tidak seperti memandu kereta, memakai pakaian dan sebagainya. Minda Separa Sedar dapat mencetuskan idea-idea baru dan hebat. Walaupun sedang tidur Minda Separa Sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.


Pasti ramai yang tahu cerita Aladdin dan lampu ajaib yang mengeluarkan Jin yang dapat memenuhi setiap permintaan pemiliknya seperti kekayaan, kemasyhuran, kuasa, kecantikan dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya lampu ajaib itu ada pada diri kita iaitu Minda Separa Sedar. Ia bagaikan Jin yang menunaikan setiap kehendak manusia tanpa batasan tidak kira sama ada implikasinya baik atau buruk.

Ini tidak bermaksud manusia itu berkuasa kerana segala-galanya adalah kuasa dan anugerah Allah. Manusia merancang Tuhan menentukan.

Ini adalah sebahagian entry untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan DenaiHati dan menawarkan hadiah berbentuk wang tunai yang pastinya berbaloi-baloi.

Jika anda membaca entry ini dan berminat untuk menyertai sila tulis;

"Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL daripada Blog Tinta Comellote (http://tintacomellote.blogspot.com)"

Comments

  1. AJ pengomen pertama r ni.. huhuhu :D

    Bagus kak Wan citerkan secara detail pasal Minda Separa Sedar ni.. Best artikel akak..

    Kira AJ dapat r info yang leh memotivasikan Minda Separa Sedar AJ lagi.. :-)
    Makin banyak blog AJ explore fuh, banyaknya AJ belajar... :D

    ReplyDelete
  2. wah.. suka nya AJ jd pengomen pertama.. hehee... suka baca entry korang.. sebab saya tak reti nak karang2 nie... by d way, GOOD LUCK ye...

    ReplyDelete
  3. good luck. ambo tok sure nok try wat entri ko dok lg pasal contest ni.

    ReplyDelete
  4. AJ.. thx yer jadi pengkomen no. 1.. amat dialu-alukan.. InsyaAllah ada sambungan lagi...

    UmiHariZahin... buatlah entry... ala2 macam bercakap sorang2 gitu.. sure menjadi

    Nuradyani... jom ler memeriahkan contest ni... kalu menang kasi syer sket.. hihi ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.