Skip to main content

Reserve... Reserve


Ramai yang menggunakan perkataan simpan, saya lebih suka menggunakan perkataan reserve kerana reserve menentukan kestabilan psikologi kita. Pada umumnya ramai daripada kita merasa selamat dan stabil kerana kononnya mempunyai pekerjaan tetap. Tapi ramaikah daripada kita jika diberhentikan kerja hari ini boleh hidup untuk 3, 6 dan 9 bulan lagi? Dalam perancangan kewangan, kita perlu menyediakan reserve sekurang-kurangnya 9 bulan sebelum kita mula melabur. Tapi saya mencadangkan kita membina reserve bermula dari 3 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Kalau boleh 12 bulan ke atas. Ini bermakna sekiranya apa-apa berlaku kepada kita, kita boleh hidup tanpa bekerja untuk beberapa bulan.

Saya telah lihat mereka yang tiada reserve, psikologi mereka agak tertekan dan susah untuk memberikan tumpuan kepada pekerjaan. Kenapa tidak, bila bil dan pinjaman tidak berbayar. Bagi mereka yang ada reserve, tekanan perasaan adalah agak kurang dan konsentrasi kerja adalah pada tahap boleh diuruskan.

Untuk mengetahui berapa banyak yang diperlukan, anda boleh menggunakan pengiraan ringkas, gaji bulanan x 6 bulan. Tapi kalau mahu kerja lebih sikit, sediakan e-budget iaitu Emergency Budget bukan Electronik Budget. E-budget ialah membuang semua perbelanjaan bukan keperluan, dan tinggal hanyalah perbelajaan asas. Maknanya kereta dua jadi satu dan sebagainya (bukan isteri dua jadi satu.. itu zalim namanya)

Mungkin ada yang mengatakan bahawa apabila kita memperkatakan perkara begini, kita berada dalam alam kebendaan dan materialistik. Tidak perlu kita tenggelam dalam polemik itu. Apa yang kita buat adalah merancang kerana "Gagal Merancang bererti Merancang untuk Gagal"


Petikan 'Rancang Hidup Rancang Wang' by Hamdy

Comments

  1. saving sgt penting... tapi... hehee.. tetap ada tapi.... klu dah ada duit kat tangan, ada jerk plan nak di buat... kan kan kan... :D

    ReplyDelete
  2. tu la pasal... kalau xde strategi dan disiplin mmg sukar utk menyimpan. Amalkan 'saving first then spend' :thumbsup:

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...