Hari ni dah masuk hari ke-3 persekolahan, bermakna Hakim dah 3 hari bangun awal dan pergi ke sekolah dihantar oleh abah on the way ke tempat kerja. Alhamdulillah sepanjang 3 hari ni tiada apa masalah, nampak gembira Hakim dengan kawan-kawan baru dan guru. Aiesyah di rumah nampak seperti kebosanan kerana tiada kawan untuk bermain, bergurau dan bergaduh, tapi di sudut positif nampak sangat Aiesyah bebas melakukan apa sahaja di rumah dengan adik Umar dan ibu tanpa mendapat arahan 'komander' lagi. Ibu sedikit sunyi di rumah bila Hakim tiada kerana dialah kawan yang paling akrab dan abang yang boleh diharap menjaga adik-adik.
Hakim yang excited mendapat beg sekolah Ben-10 dan juga kasut sekolah (anak 5 tahun pun pakai kasut sekolah yang hanya ditinggalkan di luar pintu sekolah :)
Aiesyah pun dapat beg juga, lebih kecil sesuai dengan umurnya.
Hakim yang excited mendapat beg sekolah Ben-10 dan juga kasut sekolah (anak 5 tahun pun pakai kasut sekolah yang hanya ditinggalkan di luar pintu sekolah :)
Aiesyah pun dapat beg juga, lebih kecil sesuai dengan umurnya.
Kedua beg ini kami beli di kampung harga murah di sana dan banyak pilihan, dengan RM20 dan RM10 dah boleh dapat beg yang cantik. Kasut Hakim pun beli di kampung juga RM14 hihi... ok lah kan? Ibu masih bersama 2 anak di rumah ibu dah rasa sunyi, macamana jika semua anak-anak ibu bersekolah nanti....? Mungkin ibu pun masuk ke sekolah semula kut.. hehe
hehee... si adik pun dpt beg gak... :)
ReplyDeletehaah.. macam ni lar.. bagi dua-dua happy ;-) Anak happy kita pun happy
ReplyDeleteanak aye baru 4 thn... blm cukup bulan lagi pun... dah nak sekolah gak... nampaknya kena hantar juga... hehehehe
ReplyDeleteyangbaik: ramai anak2 dah start sekolah dari usia 4 tahun, jika kaedah pembelajaran menyeronokkan pasti anak-anak teruja dan gembira ke sekolah
ReplyDelete