Skip to main content

Posting Terakhir


Janganlah buat-buat terkejut pula dengan tajuk posting di atas yer.. ala-ala macam dah nak pergi meninggalkan alam fana ini ( yer lah sesungguhnya kematian itu pasti dan kita tidak tahu bila ia akan datang menjemput kita.. Insaflah dah nak masuk tahun baru ni umur pun semakin meningkat remaja) Sebenarnya esok saya nak start bercuti balik kampung (excited nih)... barang-barang pun belum habis kemas lagi, ibu beranak 3 ni berkemas memang tak sudah-sudah... last2 jom ler balik! Dulu balik kampung bawa 1 bag aje (psst waktu berdua dulu la..) skang ni banyak nyer nak kemas... bila la anak-anak nak besar dan pandai kemas baju sendiri masuk dalam bag sendiri.. so kalu cari apa baju ke skirt ke seluar ke tak jumpa senang sket ibu jawab (mana ibu tahu kan ke sendiri yang kemas baju.. huhu) Bila dah buat announcement nak bercuti.. banyak pula order masuk hari ni sini. Alhamdulillah semua dah settle dan saya pastikan semua order dihantar hari ni.


Pagi tadi sempat saya masak cream mushroom soup ni percubaan kali ke-2, hari tu dah buat tapi macam kurang menjadi maklumlah buat ala-ala macam pro, tak main sukatan main campak-campak aje... isk menjadi pula hihi. Dah lama saya berhajat nak buat cream mushroom soup ni sendiri almaklumlah anak-anak plus ibu dan abah memang suka makan ni dengan roti, simple je famili kami ni tak perlu garlic bread pun... gardenia bread biasa pun sedap... (sungguh enak di makan begitu saja). Alangkah beruntungnya jika ibu pandai buat roti, rasa macam senang aje nak buat, campur2 uli2 dan bakar... hihi betul ker? guna breadmaker sure menjadi punyer... Ini resepi nak buat cream mushroom soup yang sangat simple;
Bahan2:
- Cendawan butang - dlm 6-7 ketul dah cukup - dicincang halus
- 4  sudu Tepung gandum - cairkan dengan secawan air
- 1-2 cawan susu full cream UHT Dutch Lady (suka hati ler nak guna brand cap apa pun)
- 1/2 ulas bawang besar - dicincang halus
- 1 sudu butter/mentega (saya guna planta)
- 2-3 cawan air
- garam secukup rasa atau boleh guna Cukup Rasa...

Cara2:
Panaskan periuk, masukkan butter, bila dah cair masukkan bawang besar bila bawang dah layu boleh masukkan cendawan yang dah di potong. Kemudian masukkan pula tepung yg dah dicairkan tadi. Kacau rata dan tutup api. Masukkan dalam blender, blend sampai hancur dan berkrim. Masukkan balik dalam periuk panaskan letak air dan susu cair serta garam secukup rasa. Tunggu sampai mendidih dan jadi pekat boleh tutup api dan hidang.

Pesanan penaja: Anda juga boleh rebus sedikit isi ayam, airnya masukkan dalam sup, ayam diblend skali. Kalu suka ada pepejal dalam sup tu simpan sikit cendawan cincang tu jgn blend habis. Masa percubaan yang pertama Hakim tak makan cendawan tu yang ibu blend aje semuanya.

Hari ni genap umur Umar 6 bulan, habis satu rumah diterokai, walaupun belum lagi pandai merangkak tapi gerak tangan dan badannya sungguh tangkas, letak di sini sekejap aja sudah ke sana. Suka Umar bila dekat dengan kakak dan abangnya dah pandai nak main. Lepas ni tak payah ibu mop lantai lagi yer Umar....  Masa saya duk asyik berbloging (ni citer pagi semalam yer..) Aiesyah panggil ibu..ibu ni air apa ni? Ibu pun tengok lah ingat ada air tertumpah ke apa... rupanya iar di ter..kencing...sabor jeler. Lar.. aiesyah kencing eh... bangun pegi toilet.. basuh Aiesyah menurut aje sebab ibu cakap lembut aja (dalam hati ibu.. aduhai kena basuh toto lagi.. dah 2 hari ibu keje dobi tau!). Tengok si Hakim dan Umar.. sama tak muka? sini


Masa ibu duk selak-selak bawah meja.. banyak habuk nih! Ibu perasan ada rambut2 yang keguguran.. banyak! ni bukan rambut Ibu.. saya mencari dan tanya Aiesyah buat apa pegang gunting.. Aiesyah suka duk bawah meja tempat kerja ibu ni dan dalam drawer banyak alatan kerja ibu termasuk gunting. Dengan bangganya dia menunjukkan ni Aiesyah pandai gunting rambut... Aiesyah pegi sekolah (Aiesyah memang suka dengan perkataan sekolah... bila pandai apa-apa maknanya dah boleh pergi sekolah.. sebab dah pandai, jika ibu pandai buat sesuatu pun dia akan cakap.. ibu pandaikan ibu pegi sekolah kan?) Tengok hasilnya

Panjang sikit entry kali ni.. maklumlah nak tinggalkan seminggu ni, broadband di kampung tidaklah berapa elok.. jika ada kesempatan saya akan update apa yang menarik di kampung. Malam ni nak keluar cari buah-buah sikit, untuk bekalan dan buah tangan balik kampung. Ayah pasti seronok bila tengok buah apple yang besar-besar dan ibu pasti suka dengan anggur tanpa biji. Selamat berhujung minggu semua.. doakan kami selamat dalam perjalanan.


Comments

  1. Selamat bercuti!! Mesti best kat kampung.... juga salam Maal Hijrah dari kami utk anie sekeluarga! :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ummumishkah... Salam Maal Hijrah
    Teringat nasyid2 zaman sekolah dulu... hihi

    ReplyDelete
  3. selamat bercuT dan salam maal hijrah utk kak anie sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. salam...beshnye mushroom sup. nk try leh? selamat bercuti2 mesia...berhati2 n ingatlah insan tersayang!!

    ReplyDelete
  5. terima kasih rosma, nur, sYaFiQa..
    Alhamdulillah dah sampai sini dengan selamat..

    sYaFiQa, cuba lah! 2 kali buat mushroom soup ni kat kg.. ;-)

    ReplyDelete
  6. macam best je mushroom soup wat sendiri tu, boleh try yer resepi akak..

    ReplyDelete
  7. boleh sirna.. silakan, kalu menjadi bagitau kawan kalau tak jadi buat lagi sampai jadi hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...