Skip to main content

Frust dengan Gathering 1, Gathering 2 Pulak :-)

Walaupun berasa sedikit sedih dan kecewa kerana tidak dapat bersama-sama dengan rakan blogger yang lain menyertai MBP gathering, saya tetap ceria demi anak-anak. Yang bagusnya suami tetap cool aje seperti tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa banyak kali diminta oleh saya pusing kawasan Taman Tasik Shah Alam. Apabila perut sudah mulai lapar dan anak-anak sudah meragam kami berhenti di kawasan berhampiran dengan Masjid Negeri Shah Alam.

Abang, Hakim dan Umar mengikut tema Go Green, tapi ibu dan Aiesyah pakai pink sebab memang tak ada baju color hijau dan saya perlu pakai nursing shirt. GoGreen kami raikan sekeluarga kerana berada di hutan rimba Taman Tasik Shah Alam :-P
 
Apalah yang baby Umar duk fikir tu? Awning tudung saya jadi tak cantik ketok lepas masuk washing machine... hehe :D The Big Green Bag yang di belakang saya tu beli di Tesco Sabtu lepas sempena hari tanpa beg plastik (ala-ala gitu ler.. dah lupa temanya) harga 1.99. Harga asal 3.99 kut diberi diskaun 50% pada hari Sabtu sebab jika kita ambil beg plastik maka kita kena bayar 0.20. Lebih baik beli beg serbaguna kami boleh buat berkelah letak segala makanan, pinggan mangkuk hayun semua dalam tu, dan juga buat shopping sebab saya dah tak larat nak simpan dan buang beg-beg plastik kat rumah.

Selepas solat dan lepak sekejap di Surau Sek 13, sambil segarkan anak-anak dengan air supaya mereka gembira untuk acara ke-2 petang ini. Alhamdulillah berjumpa dengan kawan-kawan lama sedikit sebanyak mengubat luka saya dengan acara pertama hari ini.


Kawan-kawan yang lebih 15 tahun tak bertemu. Hakim dan Aiesyah dengan kawan-kawan baru mereka.


 
Saya gembira dapat berjumpa anda semua, semoga kita dapat berjumpa lagi selepas ini dengan keluarga yang lebih besar.

Comments

  1. oo.. ada acara ke 2... ok la tu.. dpt jamu kawan2 lama dengan bekal yg akak bawa la, eh?

    ReplyDelete
  2. Familiar dgn muka2 gathering 2 tu.. :)
    Mesti happening kan?

    ReplyDelete
  3. Siannya, jgn frust ya, next year ada gath lagi.

    ReplyDelete
  4. baru perasan ada n3 ni...sblm ni ada terbaca n3 'silap saya' yg tak jd gather MBP tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...